Punca Amah Membunuh 2 Beradik Di Taman Sri Putra

on Friday 28 February 2014

Sebelum ini, kita tpernah dikejutkan dengan kes seorang amah membunuh 2 orang anak majikannya.

Kejadian mengerikan itu mengejutkan ramai pihak kerana amah tersebut dikatakan seorang pekerja yang bagus dan sangat rapat serta menyayangi kedua-dua beradik tersebut. Jadi apakah yang punca sebenar yang menyebabkan beliau bertindak sedemikian.

Berdasarkan siasatan polis, perbuatan amah berkemungkinan didorong oleh tekanan perasaan. Beliau yang berasal dari Indonesia dikatakan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri walau sudah 2 tahun berada di malaysia. Di sebabkan ketiadaan dokumen beliau tidak bebas bergerak dan kebanyakan masa dihabiskan di rumah.

Beliau juga dikatakan sangat merindui dua anaknya yang berada di Indonesia. Walaubagaimanapun beliau tidak boleh kembali ke Indonesia kerana tidak mempunyai pengenalan diri.

Kesimpulannya tekanan perasaan adalah simptom yang sangat kritikal. Ianya tidak boleh dipandang remeh. Luaran nya nampak ok seperti amah tersebut yang tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik sebelum pembunuhan ngeri tersebut berlaku. Tapi dalamannya begitu tenat. Kalau tidak mana mungkin beliau boleh melakukan perkara sebegitu kejam. Dan yang lebih mengerikan mengikut bedah siasat, leher kanak-kanak tersebut dikelar secara perlahan-lahan.
sumber: http://www.akupunyer.com/

Hanez Suraya Mohon Maaf Kenyataan Status “Duda” Teman Lelakinya

Adakah dengan permohonan maaf daripada Hanez Suraya ini bermakna yang teman lelakinya masih suami orang dan bukan seorang duda seperti yang digembar-gemburkan? Jeng, jeng, jeng. Nampak gayanya makin hangat kemelut yang melanda Hanez. Agak pelik juga mengapa wanita secantik Hanez memilih lelaki yang sedang/pernah berkahwin untuk dijadikan kekasih hati.

Rasanya masih banyak lelaki di luar sana yang single dan tidak pernah menjadi suami orang. Apa pun dengan kenyataan maaf ini, semoga hati pihak yang terluka sedikit sebanyak sembuh. Kata Hanez Suraya menerusi Harian Metro hari ini:-
Saya dengan rendah hatinya ingin memohon maaf mengenai kenyataan berkaitan R seorang duda baru-baru ini. Saya tahu status dan cerita sebenar mereka (status perkahwinan R), tapi tak mahu membuka aib mana-mana pihak sekarnag.
Saya juga tak ada hak untuk bercakap mengenai status dan hal peribadinya melainkan ia datang daripada mulutnya sendiri. Apa juga berlaku, biarlah tuan punya badan yang bercakap sendiri. Tolong hormati perkara itu.

Sepatutnya satu sidang media diadakan semalam untuk menjelaskan mengenai kontroversi ini namun sidang media tersebut terpaksa ditunda atas sebab tertentu kepada hari Rabu atau Khamis depan. Hmmmmmm. Kalaulah betul kekasih Hanez Suraya masih berstatus suami orang, memang boleh perang dingin dibuatnya. Namun apa-apa pun, kita sama-samalah tunggu penjelasan daripada pihak yang terbabit. Jangan kerana kontroversi ini Hanez tak jadi kahwin sudah lah. Kang tak pasal-pasal gagal dalam percintaan lagi.
sumber: http://adf.ly/269729/banner/http://beritaornews.blogspot.com/

Shahrol Shiro Dedah Punca Sebenar Pergaduhan Dengan Jep Sepahtu

Difahamkan melalui Hmetro Online hari ini, Shahrol Shiro akhirnya mendedahkan punca sebenar pergaduhan dengan Jep Sepahtu.

Sebelumnya hubungan kami agak rapat... tapi.. mungkin dari sinilah tercetus isu kami perang dingin. Segelintir peminat turut terpe­ngaruh. Apapun saya tak nak panjangkan perkara ini dan mahu selesaikan secepat mungkin,”...

Mencari rezeki adalah matlamat utamanya menceburi dunia seni. Pun begitu, mahu atau tidak, Shahrol Azizie Azmi, 31, atau Shahrol Shiro, kini terpaksa berdepan hakikat berdepan kontroversi. Masih baru bertapak mencipta nama, dia sudah terbabit dalam perang dingin dengan Jep Sepahtu.

Isu yang bermula sejak Maharaja Lawak Mega 2013 dan berlarutan sehingga memberikan tekanan buat artis kelahiran Kluang, Johor ini. Seboleh mungkin dia ingin menjernihkan keadaan kerana mahu fokus pada kariernya yang semakin berkembang.

“Sebenarnya isu dengan Jep bukanlah besar sangat, tapi mungkin sengaja diperbesar-besarkan sesetengah pihak. Agaknya tekanan dalam persaingan MLM membuatkan kami jadi begini. Sebelumnya hubungan kami agak rapat.

“Bagaimanapun penyertaan dalam MLM 2013 mengubah segala-galanya. Sebelum ini saya tak tahu cara kerja Jep. Begitu juga dia pun tak tahu cara kerja saya. Sewaktu bertanding dalam MLM, saya lebih suka duduk diam-diam di belakang pentas untuk fokus kepada persembahan setiap minggu

“Cara Jep pula mungkin lain. Mungkin dari sinilah tercetus isu kami perang dingin. Segelintir peminat turut terpe­ngaruh. Apapun saya tak nak panjangkan perkara ini dan mahu selesaikan secepat mungkin,” katanya kepada RAP -Hmetro Online, baru-baru ini.
Sumber : harianmetro1.blogspot.com

Punca SEBENAR Pelajar Tingkatan 1 Maut Digilis Bas


MAYAT, Adam Daniel yang terbujur di tepi bas sekolah.

Kuantan: "Kami berlari ke arah bas kerana mahu mendapat tempat duduk dan ketika itu saya melihat Adam terjatuh dan digilis," kata rakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semambu, dekat sini, yang maut digilis bas sekolah petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Adam Daniel Abdullah, 13, meninggal dunia selepas parah di kepala dan anggota badan akibat digilis kenderaan terbabit.

Rakannya yang mahu dikenali sebagai Rafi, 13, berkata, sebelum kejadian, dia bersama Adam menunggu bas untuk pulang ke rumah masing-masing di Taman Semambu di sini.

"Melihat bas sekolah tiba, kami dan beberapa pelajar lain berlari ke arah bas yang ketika itu masih belum berhenti sepenuhnya kerana mahu mendapat tempat duduk dan tidak perlu berdiri sepanjang perjalanan.
"Ketika berpusu-pusu ke arah bas berkenaan, Adam tiba-tiba terjatuh berhampiran bas lalu digilis di depan mata saya," katanya di sini, semalam.Dia berkata, beberapa pelajar lain yang melihat kejadian itu memanggil guru untuk menarik mangsa keluar dari bawah bas sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba beberapa minit kemudian.

"Saya sentiasa terbayang kejadian berkenaan kerana dia rakan yang mati di depan mata hanya kerana kami berebut mahukan tempat duduk," katanya.Pegawai Penguat Kuasa Tadbir danTrafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, ketika melihat bas sampai di depan sekolah, kumpulan pelajar itu berpusu-pusu.
P/s - Pernah dulu nampak depan mata seorang gadis tergolek masa turun dari bas. Bas belum berhenti lagi dia dah turun. Mujur dia selamat.
sumber: http://owhmacamtu.blogspot.com/

Terkilan sikap petugas lebuh raya


Kereta Mohd Sabri yang tersadai di tepi lebuh raya dalam keadaan panas terik. Gambar kecil: Cucu Mohd Sabri yang berusia setahun lebih mengalami muntah-muntah dan lesu akibat kepanasan.

KUANTAN – Seorang pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), Mohd Sabri Abd Malek, 55, terkilan dengan sikap peronda lebuh raya dan polis peronda lebuh raya yang didakwanya tidak dapat menghulurkan bantuan sewajarnya ketika dia memerlukan pertolongan.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia mendakwa, anggota petugas berkenaan gagal menjalankan tugas dengan baik dan tidak mementingkan keselamatan pengguna.

Sabri berkata, pada 23 Februari lepas dia bersama keluarga dari Melaka menuju ke Kemaman atas urusan keluarga.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan berhampiran kawasan rehat dan rawat (RnR) Kuantan, kenderaan dipandunya rosak secara tiba-tiba.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang dan ketika itu cuaca panas terik, sekali gus menimbulkan keadaan yang tidak selesa.

“Malah, cucu saya yang berusia lebih setahun mengalami muntah-muntah kerana kepanasan.

Katanya, ketika itu dia menahan sebuah kereta peronda lebuh raya untuk meminta bantuan menunda kereta yang rosak ke RnR yang hanya berjarak kira-kira 1 kilometer sahaja.


“Ketika saya sedang berbincang dengan peronda LPT, sebuah kereta peronda polis lebuh raya datang dan mereka berbincang sebelum meninggalkan kami di tepi lebuh raya berkenaan.

“Walaupun telah diletak kon atau tanda amaran, keadaan itu masih berbahaya kerana kebanyakan pengguna lebuh raya memandu dalam keadaan laju,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, memandangkan petugas yang sepatutnya enggan membantu, dia terpaksa meminta bantuan orang ramai.

“Kami bernasib baik kerana ada sebuah kereta yang berhenti dan menolong tunda kereta ke kawasan rehat.

“Sepatutnya pihak pengurusan LPT dan pihak berkuasa dapat memastikan anggota mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian mendapatkan maklum balas pihak pengurusan LPT bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara ini.

Senior Eksekutif, Bahagian Komunikasi Korporat ANIH Berhad, Hafizah Mohd Sabri berkata, segala perkhidmatan di LPT mengikut prosedur syarikat yang ditetapkan dan menjadi satu kesalahan
sekiranya ada warga kerja melanggarnya, sekali gus tindakan disiplin boleh dikenakan.

“Kami di ANIH Berhad memohon maaf dan kesal di atas kejadian yang berlaku kepada pengguna tersebut.

“Sekiranya terdapat apa sahaja aduan atau masalah, pengguna boleh menghubungi LPT-Line di talian 09-5479111 atau Bahagian Komunikasi Korporat di 03-61951111,” katanya.
sumber: Sinar Harian

Kongsi gambar anak umrah, peminat rayu Erra dan Engku Emran bersama semula


Nampaknya, kisah peribadi bekas Ratu Cantik Malaysia edisi 1992, Erra Fazira terus mendapat perhatian dari peminat-peminatnya di laman sosial. Apa tidaknya, Erra Fazira merupakan antara pelakon dn penyanyi yang tersohor di Malaysia.

Terbaru, bekas suami Erra, Engku Emran telah memuatnaik sekeping gambar anak mereka, Engku Aleesya bersama Erra ketika mereka menunaikan Umrah pada tahun 2010. Perkongsian itu mendapat respon positif dari peminat sehingga ada yang mengharap pasangan itu kembali bersama demi anak mereka.

Di sebalik gambar yang dikongsikan Emran, ianya disertakan dengan caption yang amat menyentuh hati. Ini kerana Engku menggelar Erra sebagai syurga kepada anak mereka.

Adakah rayuan beberapa peminat pasangan ini bakal menjadi kenyataan nanti? 
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Nina Iskandar Sudah Dirisik Jejaka Melayu-Pakistan




Mungkin ramai yang masih belum tahu pelakon yang berasal dari Negara Brunei Darussalam, Nina Iskandar sudah pun dirisik oleh seorang jejaka Melayu-Pakistan pada Januari lalu.

Nina yang pernah digosipkan dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib telah memuatnaik beberapa keping gambar bersama jejaka yang dikenali sebagai Heiqal,30 dengan sebentuk cincin di jari manisnya.

Memetik Harian Metro, dia berkata, majlis merisik telah berlangsung di kediamannya di Brunei selepas majlis perkahwinan sepupunya.

Ditanya mengenai pilihan hatinya yang berasal dari Kelantan itu, Nina menjelaskan perkenalan mereka bermula di Instagram sejak November tahun lalu.

“Kami serasi bersama. Walaupun perkenalan kami bermula di Instagram, saya selesa dengannya. Bila bersama, ada saja perkara yang kami boleh bincangkan dan bercakap.

“Keluarga pun percayakan Heiqal kerana selama saya di sini (Malaysia), dia banyak membantu dan menjaga saya,” ujarnya.

Ha, kami percaya dengan khabar ini, maka tamatlah gosip nakal yang cuba mengaitkan Nina dengan Adib.

Peminat pun pasti sudah tidak sabar melihat pelakon jelita ini berada di pentas pelaminan dengan Heiqal, tak gitu?
sumber: http://www.suarapeople.com/

Respon Qi Razali kontroversi Nelydia Senrose padam gambarnya di Instagram


Beberapa hari lepas, ramai peminat Nelydia Senrose kecoh dengan ketiadaan sekeping pun gambar kekasihnya, Qi Razali, di akaun Instagram aktres jelita itu.

Perkara tersebut menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat sehingga timbul komen-komen negatif yang menyalahkan Sharnaaz Ahmad sebagai punca Nelydia sanggup memadam kesemua gambar Qi Razali.

Di Instagram Qi pula, segelintir peminat tidak terlepas untuk mengajukan pertanyaan itu dan meminta Qi memberikan penjelasan berhubung tindakan buah hatinya.

Mari baca apa jawapan pengacara rancangan Destinasi Bajet Asia itu. Diharap dengan penjelasan ini, kesemua peminat Qi dan Nelydia berpuas hati dan tidak lagi berfikir perkara yang tidak masuk akal dan bukan-bukan.

sumber:http://plbgaimacam.blogspot.com/

Pengacara 999, Hazlin Hussain Kini Bertudung

  Bagi peminat program 999, nama Hazlin Hussain memang tidak asing lagi. Selain mengacarakan program kepolisan tersebut, Hazlin juga merupakan salah seorang pembaca berita TV3.

Bagi yang mengikuti perkembangan Hazlin di media sosial, pasti maklum bahawa baru-baru ini Hazlin menempuh pengalaman menyedihkan iaitu kehilangan sahabat baiknya yang meninggal dunia.



Pastilah, arwah seorang yang sangat memberi makna dalam hidup Hazlin kerana selepas pemergiannya Hazlin dilihat membuat satu perubahan ke arah kebaikan iaitu sudah mula berhijab.

Perubahan ini dikongsikan menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram Hazlin, beberapa hari lalu. Ramai yang memuji transisi positif Hazlin ini termasuk rakan sekerja dan para peminatnya.

Bagaimanapun, dalam salah satu komen Hazlin memberitahu salah seorang pengikut Instagram yang memujinya kelihatan comel bertudung berkata,:

“Nak jumpa arwah kena comel la..”

Benarlah janji Allah Taala, di sebalik setiap ujian yang diberi sudah pasti ada hikmah tersembunyi untuk dihayati oleh hambaNya yang mahu berfikir.

Apa pun kami tumpang gembira melihat perubahan ini dan mendoakan semoga Hazlin terus istiqomah.
sumber:kezoom

Respon Chef Zam isu maki hamun MAS di Instagram


Semalam, sebuah blog hiburan melaporkan Chef Zam menggunakan menggunakan bahasa kesat dalam akaun Instagram miliknya ketika menegur kualiti makanan yang dihidangkan dalam pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan laporan itu hari ini kerana kritikan pedas yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya bukan komen darinya tetapi komen salah seorang penumpang MAS yang dimuatnaik semula (repost) oleh beliau.

Sebagai chef yang mendengar keluhan itu, dia mendakwa hanya mengulas semula komen berkenaan dan menyuarakan pendapatnya dalam bahasa Inggeris secara berhemah dan sopan, tidak seperti yang dilaporkan blog terbabit.

“Saya sudah 43 tahun, bukan (remaja) 14 atau 15 tahun nak maki-maki begitu.”

“Cubalah fikir secara logik, takkanlah saya nak kritik dengan bahasa kesat, caci maki begitu untuk kritik sesuatu perkara."

“Blog itu tidak teliti betul-betul apa yang saya kongsi di Instagram. Kemudian suka-suka melaporkan isu tanpa bertanya kesahihan daripada saya dulu."

“Saya seorang profesional, selebriti dan ahli akademik pula, takkan saya nak maki dan mencarut perkataan ‘sial’ tak tentu pasal.”

Tambah Chef Zam, apa yang lebih memburukkan keadaan ialah apabila segelintir pihak menghentamnya kerana menyangka dia mengeluarkan kata-kata kesat itu tanpa memahami komen itu bukan datang daripada dirinya.

“Inilah masalah orang kita. Tak faham dan baca betul-betul tapi nak jatuh hukum dengan mudah. Padahal komen saya dalam bahasa Inggeris bagi mengulas komen awal individu yang saya kongsi di Instagram."

“Bayangkan, ada pihak MAS yang marah kenapa saya cakap perkataan begitu pada makanannya sedangkan bukan saya yang cakap macam itu."

“Perkara jadi buruk bila blog itu lapor benda tak betul dan saya tak akan teragak-agak untuk saman mereka.”

Admin harap dengan penjelasan ini, pandangan serong orang ramai terhadap Chef Zam dapat dibuang memandangkan apa yang berlaku ialah salah faham yang ditimbulkan oleh sebuah blog portal hiburan.

Bagi Chef Zam pula, beliau perlu lebih berhati-hati ketika memuatnaik apa-apa status berbaur kritikan pedas agar orang ramai yang membacanya tidak salah faham.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Awal Ashaari Tekejut Tuduhan Tinggalkan Melodi

Awal Ashaari selesa mengendalikan 'Melodi' bersama gandingannya, Zizan Razak.

Pelakon dan pengacara Awal Ashaari menafikan gosip kononnya dia tidak lagi menjadi pengacara program hiburan popular Melodi seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 32, berkata, dia terkejut dengan khabar angin itu dan berasa pelik apabila mendapat tahu perkara itu daripada pihak lain dan bukannya daripada produksi program terbabit.

"Jika betullah khidmat saya tidak lagi diperlukan dalam Melodi sudah tentu pihak produksi memberitahu saya awal-awal.

"Saya juga mendapat tahu kononnya ada beberapa pelakon yang sudah menjalani uji bakat sebagai pengacara Melodi tetapi apabila ditanya kepada pihak produksi mereka menafikan tentang hal itu," katanya.

Batu-baru ini Awal dikatakan bakal meninggalkan Melodi selepas pihak produksi mendapat pengganti baharu di mana hos tersebut merupakan seorang pelakon wanita yang dikenali.

Penukaran hos itu dilakukan kononnya Awal gagal mengacara program tersebut selain mempunyai masalah disiplin kerja.

Bagaimanapun tambah Awal, dia menyifatkan berita tersebut sekadar khabar angin kosong yang hanya dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab serta tidak berpuas hati dengan dirinya.

Malah sebagai bukti masih kekal bersama Melodi, Awal berkata, dia kini telah menyambung kontraknya sebagai hos program itu selama setahun.

"Alhamdulillah, rezeki di Melodi masih di pihak saya. Malah saya telah disambungkan kontrak selama setahun lagi.

"Saya tahu, menjadi pengacara Melodi bukannya mudah kerana tanggungjawab dan risikonya sangat tinggi.

"Apalagi apabila membabitkan berita-berita sensasi, ada rakan-rakan artis yang tidak mahu berkawan dengan saya lagi gara-gara kisahnya keluar dalam Melodi. Sedangkan saya sekadar menjalankan tugas sebagai sahaja," ujarnya.
Selain Awal, Melodi juga dikendalikan oleh pelawak Zizan Razak.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Curi Barang Kemas Nenek Kisah Diingati Raja Azmi Di Mekah

Raja Azmi berasa lebih tenang selepas kembali mengerjakan Umrah.

Penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman memberitahu secara tiba-tiba dia teringat kisah ketika berusia 19 tahun semasa mengerjakan umrah bagaimana dia mencuri dan menjual barang kemas neneknya.

Raja Azmi, 55, berkata, sebelum berangkat ke kota suci itu, dia sudah menyenaraikan perkara-perkara buruk yang diingatinya untuk meminta ampun di depan Kaabah tetapi tidak pernah mengingati peristiwa berkenaan kerana ia telah lama berlaku.

"Saya langsung tidak ingat peristiwa itu sehinggalah saya berdoa meminta ampun di hadapan Kaabah saya tiba-tiba teringat peristiwa mencuri barang kemas nenek. Saya bertaubat dan memohon ampun kepada Allah.

"Satu keajaiban kerana saya langsung tidak mengingati kejadian itu dan ia satu kebesaran Allah bagaimana kita boleh mengingati peristiwa besar yang kita tidak sangka," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Raja Azmi berkata, pemergiannya ke tanah suci selama 12 hari sejak 11 Februari lalu tidak ditemani suami sebaliknya dia ditemani rakan baiknya.

Jelas Raja Azmi, dia tidak dapat menggambarkan perasaan apabila menjejakkan kaki di Mekah kerana ia terlalu istimewa untuk digambarkan dengan kata-kata.

"Tiada kata yang sesuai untuk menggambarkan perasaan berada di Mekah kerana ia mengatasi semua kata-kata yang ada dan saya yakin perasaan setiap orang yang pernah ke sana pasti berbeza-beza," katanya.

Tambah Raja Azmi, hatinya sentiasa berasa tenang dan solat yang dilakukan begitu khusyuk sehingga terlupa perkara-perkara lain di sekeliling.

"Pelbagai kebesaran yang dapat saya alami di sana yang antaranya ketika bersembahyang di Masjidil Haram, keadaan sangat sesak sehingga tidak mempunyai ruang untuk bersolat.

"Tetapi apabila azan berkumandang keadaan seperti dipermudahkan dan keadaan sempit itu tadi bertukar menjadi seperti luas dan dapat solat dengan selesa," katanya.

Raja Azmi berkata, selain mendoakan pelbagai perkara baik untuk diri sendiri keluarga dan rakan-rakannya, dia juga memberitahu turut mendoakan kebahagiaan bekas suaminya iaitu Jalani Mohamad Sidek dan isteri.

Sementara itu, Raja Azmi berkata, dia tidak berhasrat untuk mengerjakan umrah buat kali kedua sebaliknya ingin mengerjakan ibadah haji bersama suaminya, Mohd Eddie Ghazali, 45, pada tahun hadapan.

"Memandangkan umrah yang saya lakukan suami tidak ikut, jadi harap-harap ibadah haji nanti kami dapat pergi bersama-sama. Insya-Allah saya merancang untuk pergi pada tahun hadapan," ujarnya.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Lukisan Wajah Siti Nurhaliza Dijual Sehingga RM75,000

Khairo (dua dari kiri) bersama Siti Nurhaliza serta para pelukis di di Galeri Artelier KL. Foto M. AZHAR

Seramai 17 pelukis tempatan dan luar negara membabitkan diri dalam pameran karya lukisan khas Datuk Siti Nurhaliza sebagai ikon pop negara di Galeri Artelier KL, Publika di sini.

Lukisan tersebut akan dipamerkan selama sebulan bermula 26 Februari 2014.

Menurut rakan niaga Galeri Artelier KL, Ahmad Khairo Othman, Antara nama-nama pelukis yang terbabit melakar gambar Siti Nurhaliza termasuklah Adrian Torres (Sepanyol), Azizi Latif, Faiz Yunus, E.M. Nightwatcher (Iran), Haffendi Anuar, Zizan Rosman dan Nazmi Ismail.

"Projek ini telah bermula sebulan lalu di mana kesemua pelukis telah menemu bual Siti sebelum memulakan projek lukisan mereka.
Siti bersama karya Adrian Torres bernilai RM75,000.

"Kemudian, setiap daripada mereka akan menghasilkan karya mengikut kreativiti masing-masing. Pihak kami turut berbesar hati kerana bukan calang-calang orang yang terbabit dengan projek ini," katanya kepada mStar Online.

Tambah Khairo, lukisan termahal yang dipamerkan iaitu bernilai RM75,000 merupakan karya pelukis dari Sepanyol, Adrian Torres dan ia begitu eksklusif kerana membabitkan hasil lukisan menggunakan jari tanpa peralatan lukisan.

Lukisan berbentuk arca dengan memaparkan separuh wajah Siti karya Scott Abbas turut menarik perhatian ramai dengan nilai harga sebanyak RM6,500.

Antara lukisan-lukisan yang menjadi perhatian termasuklah karya Badruddin Shah Abdul Wahab bernilai RM6,000, Firdaus Mahadi (RM5,000) dan Khairul Arshad (RM5,500).
Para penggemar seni lukisan boleh melihat karya-karya lukisan di di Galeri Artelier KL yang akan dibuka selama sebulan bermula 26 Februari 2014.

"Ini merupakan satu permulaan daripada pihak Artelier yang memaparkan karya-karya agung berdasarkan ikon negara kita.

"Pihak kami juga mahu selebriti tempatan kita diangkat seperti selebriti Hollywood menerusi karya lukisan. Sehingga kini, Siti merupakan selebriti tempatan pertama selepas Tan Sri P.Ramlee dan Datuk Sudirman Hj Arshad yang menjadi ikon inspirasi pelukis-pelukis tempatan," ujarnya.

Sementara itu, 30 peratus daripada kesemua lukisan yang dijual akan disalurkan ke Yayasan Nurjiwa yang dimiliki oleh Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Lee Min Ho Tertarik Pada Wanita Comel

Min Ho mengakui suka kepada wanita berwajah comel.

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho menjelaskan dia bukan seorang lelaki yang terlalu memilih tentang rupa paras pasangannya meskipun dia berwajah tampan.

Bercakap kepada dramafever.com, Min Ho bagaimanapun berkata, dia suka kepada wanita yang berwajah comel untuk dijadikan kekasih suatu hari nanti.

"Mungkin orang ingat saya seorang yang memilih kerana status selebriti yang ada pada saya tetapi sebenarnya saya bukan seorang yang memilih.

"Tetapi saya mengakui tertarik kepada wanita berwajah comel," katanya.

Dalam pada itu, Min Ho berkata, populariti yang dikecapi di China menerusi drama bersiri The Heirs bukti usaha kerasnya selama ini terbayar.

Jelas Min Ho bukan mudah untuk menembusi pasaran di China dan gembira apabila diterima baik oleh peminat di negara itu.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Lelaki Jerman Ditemui Mati Bunuh Diri

Seorang lelaki warga Jerman berusia 58 tahun ditemui mati di rumah sewanya di Jalan PUJ5/5, Puncak Jalil, Khamis.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias berkata lelaki itu telah dikenal pasti sebagai Karlheinz Martin.

"Dia ditemui tergantung di kipas siling di dalam bilik tidurnya oleh polis kira-kira pukul 4 petang.

"Siasatan awal mendapati dia telah meninggal dunia kira-kira 20 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya, sambil menambah polis menolak perbuatan jenayah.

Abdul Razak berkata Karlheinz kali terakhir dilihat oleh jirannya pada 12.30 tengah hari Rabu.

"Menurut jirannya, dia biasanya lebih suka bersendirian. Dia tidak pernah benar-benar berkongsi perkara atau bercakap dengan jiran-jirannya.

"Dia telah menyewa rumah itu sejak hampir 10 bulan lalu dan berdasarkan siasatan, dia sentiasa tidak memenuhi tarikh akhir untuk membayar sewa.

"Karlheinz yang memeluk agama Islam pada tahun 1997, juga tidak mempunyai pekerjaan yang stabil dan tidak mempunyai saudara mara di Malaysia. Keadaan ini boleh membawa kepada kemurungan," kata Razak.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Bila boss anda ‘panas baran’


Bagaimana anda menghadapi boss anda yang setiap kali asyik nak marah sahaja? Di mana-mana tempat kerja pun, sama ada di pejabat kerajaan atau pun di syarikat swasta, anda pasti akan bertemu dengan beberapa pegawai atau boss yang asyik nak baran sahaja memanjang. Jenis boss yang baran pula ada bermacam-macam barannya.

1. ) Boss yang baran yang suka mengungkit kerja yang kita buat atau pun jika dia tak ada, kita yang susah.

Boss begini biasanya pada mulanya dia yang suruh kita buat kerja sebegitu, tetapi apabila selesai dan dia tidak berpuas hati, dia akan mengungkit-ngungkit kerja kita yang sebelum ini.

2.) Ada jenis boss apabila dia dah marah, handphone dia sendiri pun dia sanggup hentak kat meja atau baling ke dinding. Dia sanggup beli handphone baru asal dapat melepaskan kemarahan kepada kita. Tapi handphone yang murah le dia baling, handphone mahal tengok keadaan. Kalau gajinya RM 100,000 sebulan dia tak heran kalau handphone yang dia baling tu SAMSUNG GALAXY S4.

3.) Ada jenis boss pula, dia tak de le baran sangat pun, tapi mulutnya akan membebel dari pagi sampai ke petang.. kerana tidak berpuas hati dengan prestasi kerja kita.

4.) Ada jenis boss dia suka lemparkan barang ke arah kita sampai jatuh ‘kemaluan’ kita di khayalak ramai.

5.) Ada juga jenis boss yang marah sangat, sampai dia pegang kolar baju kita tu… macam nak gaduh ala samseng!

6.) Ada juga jenis boss bila dah marah, dia ceritakan pula buruknya kita ini kat department lain…

Saya pasti jika anda mempunyai boss yang terlalu garang dan baran ini ada salah satu situasi seperti di atas..

Tetapi harus diingat, boss juga termaktub di dalam perlembagaan dan undang-undang syarikat, serta undang-undang pekerjaan. Jika didapati dia tidak beretika, kita sebenarnya boleh membuat aduan kepada HR dan juga terus pergi ke pejabat buruh. Contohnya jika ada boss yang menyentuh dan cuba membuat anda cedera, boss itu kemungkinan boleh dibuang kerja…
Jadi boss janganlah terlalu garang, takut sendiri yang hilang kerja nanti.
sumber: http://www.mohdrizmanma.com/

Kisah ibu bapa yang dipenjara kerana anak sendiri

Kassim dan Hamidah merupakan ibu bapa kepada 3 orang anak yang berusia antara 6 sehingga 12 tahun. Mereka sangat menitikberatkan soal disiplin dan agama terhadap anak2 mereka. Anak2 yang sedang membesar ini sangat mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan persekitaran, menyebabkan mereka seringkali lalai dalam mengerjakan ibadah, malas membantu membuat kerja2 rumah, mencuri wang dan kad kredit dari dompet ibu bapanya untuk membeli permainan video dan lain2 perbuatan nakal lain.

Akibatnya, mereka seringkali dimarahi, dipukul dengan rotan, penyangkut baju dan tali pinggang, ditarik telinga, dihukum berdiri di penjuru bilik dan di denda dengan dikurung dalam tandas atas setiap kesalahan mereka seperti yang dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa melayu dalam mendidik anak2, namun tidaklah sampai tahap mendera dan mencederakan secara fizikal seperti mencucuh badan dengan puntung rokok, sterika dan hantukkan kepala anak ke dinding.

Disebabkan itu, anak2 ini menganggap hidup mereka dikawal oleh rotan, merasakan ibu bapa mereka seperti tuan dan melayan mereka seperti hamba serta dan merasakan yang ibu bapa mereka tidak sayang mereka dan lebih mementingkan wang.

Kerana tidak tahan lagi asyik dimarahi dan dipukul oleh ibu bapanya, anaknya yang sulung mengadu kepada cikgu sekolahnya. Setelah mendengar aduan tersebut, cikgu tersebut menasihati kanak2 tersebut agar bersikap lebih baik, menjaga kelakuan, berdisiplin serta patuh kepada ibu bapanya jika tidak mahu dirotan dan dimarahi lagi di rumah. Cikgu tersebut juga menghubungi kedua ibu bapa kanak2 tersebut bagi membincangkan masalah2 yang dihadapi anak2 mereka serta mengadakan sesi kaunseling bagi membantu menyelesaikannya.

Ya, itu sekiranya situasi tersebut berlaku di Malaysia, malangnya ia berlaku di sebuah negara lain yang undang2nya melarang ibu bapa menghukum anak mereka dengan cara memukul walaupun pukulan yang tidak mendatangkan kesan dan kecedaraan, termasuk juga menengking dan memalukan anak2 mereka. Cikgu yang mendengar aduan muridnya tadi terus membuat aduan kepada pihak polis, dan disebabkan itu ibu bapanya ditahan, didakwa, dibicarakan di mahkamah dan akhirnya dipenjarakan selama 5 tahun.

Kanak2 dan remaja yang berumur 17 tahun ke bawah masih tidak matang, tidak boleh berfikir secara rasional dan terlalu mengikut perasaan. Ramai antara mereka yang cepat memberontak, bersikap melawan dan cenderung membencikan ibu bapa sendiri hanya kerana ibu bapa mereka sering memarahi, merotan dan menyuruh mereka membuat kerja2 rumah. Mereka merasakan diri mereka terkongkong di rumah, rasa terasing dengan ibu bapa dan berasa lebih selesa bila bersama kawan2 dan orang lain selain daripada ibu bapa mereka sendiri. Sebab itu ada yang bila mula meninggalkan rumah selepas habis SPM untuk menyambung belajar atau bekerja, mereka rasa sangat bebas.

Budak2 kecil ini tidak sedar, walaupun ada pendekatan yang digunakan ibu bapa itu salah dan tidak berapa betul dalam mengajar dan mendidik anak2, namun tujuan mereka berbuat demikian hanyalah kerana untuk mendidik anak2, bukan kerana mereka membenci, jauh sekali kejam, lainlah jika ibu bapa yang memang bencikan anak mereka, bukan setakat marah dan rotan sahaja, habis didera sampai luka, lebam dan berdarah2 anak2 itu.

Yelah, nak membesarkan anak2 zaman sekarang bukan mudah, lebih2 lagi kalau mereka sangat nakal, memanglah sangat menuntut kesabaran yang sangat tinggi. Aku kalau ada anak yang mencuri duit dari dompet aku pun mungkin aku akan marah dan rotan. Sebab tu banyak ibu bapa yang last2 give up dan putus asa untuk mendidik anak2 mereka dan akhirnya membiarkan sahaja mereka nak buat apa2.

Namun begitu, adakah bila kanak2 yang cenderung membencikan ibu bapa mereka berjaya memenjarakan ibu bapa mereka sendiri yang selama ini telah melahir, menjaga, membesar, memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal, membeli permainan, menghantar ke sekolah demi mendapat pendidikan yang baik, agaknya apakah perasaan mereka? Adakah mereka suka? Adakah mereka puas? Adakah mereka rasa bebas?

Adakah apabila umur mereka sudah mencapai usia matang nanti, mereka akan rasa menyesal dengan perbuatan mereka kerana telah menyebabkan ibu bapa mereka dipenjara dan akan meminta maaf kepada kedua ibu bapa mereka, atau adakah mereka rasa tindakan mereka dulu memang wajar?

Adakah apabila ibu bapa mereka keluar penjara setelah tamat tempoh hukuman, mereka dapat memaafkan anak2 mereka yang telah memenjarakan mereka? Adakah hubungan ibu bapa-anak akan dapat pulih seperti biasa?

Situasi macam ni sebenarnya sangat rumit. Nak salahkan kanak2 itu pun tidak boleh, kerana mereka masih belum matang. Nak salahkan ibu bapa pun tak boleh kerana kita tidak tahu macam mana kehidupan mereka yang sebenarnya. Nak salahkan sekolah, polis dan hakim negara tu pun tak boleh jugak sebab memang dah termaktub macam tu undang2 mereka. Yang aku nampak, malangnya adalah kerana situasi ini berlaku di negara yang undang2nya lebih ketat, kalau berlaku dalam negara mungkin ia hanya jadi isu terpencil yang melibatkan anak, ibu bapa dan pihak sekolah sahaja.

Kisah rekaan di atas ini ditulis berdasarkan kes yang sudah pun diketahui ramai dan setakat ini perbicaraan masih sedang berlangsung. Cuma apa yang boleh kita sebagai orang luar doa dan harapkan agar kisah ini akan mempunyai pengakhiran yang baik kepada ibu bapa dan anak2nya.







sumber: http://buasirotak.blogspot.com/

Pesara Guru Cerita Detik Kembara Aneh

on Thursday 27 February 2014

Sepanjang memandu kereta selepas menurunkan anak perempuan di Klinik Kesihatan Ayer Molek, saya tidak berasa pelik, malah nampak lampu isyarat dan sebagainya sehinggalah kereta terbabas ke dalam gaung di Labis, Johor jam 12 tengah malam,” kata pesara guru Abdul Malik Abdullah, 74, menceritakan pengalaman aneh dilaluinya selepas dilaporkan hilang lebih 13 jam, kelmarin.

Menurut Abdul Malik, sebelum itu, dia menghantar anak perempuannya Syamilah, 30, bagi melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Ayer Molek, Melaka jam 10.30 pagi.

Katanya, sejurus itu, dia seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku dan terus memandu, malah ketika dalam perjalanan itu, dia sendiri tidak menyedari destinasi ditujui.

“Sebaik tiba di suatu tempat, saya secara tiba-tiba bertemu seorang remaja yang berkata ‘jalan sini bagus’ dan langsung tidak membantah dan terus memandu sendirian dan memang menyedari berada di sekitar kawasan Alor Gajah,” katanya di rumahnya di Kampung Tengah, Paya Dalam, Ayer Molek, semalam.

Abdul Malik berkata, dia langsung tidak berasa apa-apa luar biasa sehingga teringat belum menunaikan solat Zuhur pada jam 3.30 petang.

Menurutnya, dia terus mencari surau sebelum ternampak sebuah surau di satu lorong kira-kira 150 meter dari jalan besar lalu.

“Saya tidak nampak sesiapa di surau itu dan terus mengambil wuduk untuk menunaikan solat sebelum saya meneruskan perjalanan dan menyedari telefon bimbit asyik berdering, tetapi tidak mengendahkan panggilan itu.

Menyambung kembali pengalaman anehnya itu, pesara terbabit berkata, dia hanya sedar semula sebaik kereta dipandunya terbabas ke dalam gaung di satu kawasan gelap jam 12 tengah malam.

“Anehnya, sebaik kereta menggelongsor ke dalam gaung, saya menyedari kemungkinan tidak ada orang akan membantu saya selain tidak cedera,” katanya.
sumber:kezoom

Respon Pada Fauzi, Sharnaaz Buat Pemeriksaan Otak (MRI) – Sindiran Paling Epik!


Masih belum habis lagi kisah perbalahan antara Sharnaaz, Lisdawati dan Fauzi Nawawi sehingga ke hari ini memandangkan kedua-dua belah pihak enggan meminta maaf dan saling menuding jari antara satu sama lain.

Namun di sebalik ketegangan itu, Sharnaaz masih lagi mampu membuat lawak dan menyindir pihak lagi satu dengan membuat pemeriksaan otak seperti yang disuruh Fauzi.

Menerusi kenyataan Fauzi yang berang isterinya ditengking sebelum ini, dia menyarankan Sharnaaz mendapatkan rawatan kerana bimbang pelakon kacak itu menghidap masalah mental.

Barangkali rasa tercabar dengan dakwaan tersebut, Sharnaaz telah berkongsi sekeping foto dirinya sedang tersenyum memegang imbasan otak sambil menunjukkan isyarat bagus.

Saya dah buat MRI MRA… Scan otak pun dah… Di kawal rapi oleh Dr @sherrini dari PPUM… Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? #halussssss

Menerusi foto dan caption sebegitu, nampaknya lebih ramai peminat Sharnaaz yang menyokong tindakannya lebih-lebih lagi selepas mendengar penjelasan pelakon tersebut semalam.

Tambahan pula, Sharnaaz juga kelihatan sudah bersedia untuk menyaman Lisdawati dan Fauzi selepas tawarannya untuk menerima permohonan maaf daripada mereka tidak diendahkan pasangan itu.

Lisdawati & Fauzi bakal berdepan saman dari Sharnaaz? - OhBulan!
sumber: http://myfreshmedia.blogspot.com/

Kekasih Hafiz Suip Penuntut Universiti, Kenal Empat Tahun Lalu

Hafiz mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak empat tahun lalu.

Penyanyi Hafiz Suip membuat pengakuan sedang berkawan rapat dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak empat tahun lalu namun masih belum bersedia mendedahkan identiti individu berkenaan.

Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, berkata, dia terpaksa merahsiakan individu itu kerana menghormati privasi wanita tersebut selain mengambil kira statusnya yang masih seorang penuntut di sebuah universiti tempatan.

"Apa yang boleh saya katakan kami sedang berkawan malah telah mengenali sejak empat tahun lalu tetapi demi menghormatinya dan keluarga saya tidak dapat mendedahkan identiti dia buat masa ini," katanya kepada mStar Online.

Hafiz ditemui pada majlis doa kesyukuran bersempena kejayaannya sepanjang 2013 yang diadakan di Hotel Hilton di sini pada malam Rabu.

Penyanyi lagu Ku Akui itu mengulas gosip yang mengatakan dia dan wanita berkenaan hadir sewaktu pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2013 baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Hafiz berkata, buat masa ini masih terlalu awal untuk dia bercakap mengenai perkembangan hubungan mereka kerana ia masih di peringkat awal.
Penyanyi berusia 24 tahun itu berhasrat untuk mengadakan sebuah konsert solo berskala besar tahun ini.

Malah kata Hafiz, dia tidak mahu mengganggu tumpuan temannya itu terhadap pengajian selain ingin memberikan tumpuan kepada kariernya pada tahun ini.

"Kami rapat tapi belum serius sebagai pasangan dan rasanya kisah ini tidak perlu diperbesar-besarkan dan Insya-Allah kalau ada jodoh mungkin saya sedia berumah tangga sebelum mencapai usia 30 tahun.

Sementara itu, Hafiz berkata, bersempena dengan sambutan hari lahirnya pada 27 Februari, dia berazam untuk mengembangkan karier nyanyiannya seperti mana dilakukan oleh Datuk Siti Nurhaliza, Yuna dan Shila Amzah di luar negara.

Malah kata Hafiz, dia juga berhasrat untuk mengadakan sebuah konsert solo berskala besar pada tahun ini khas buat para peminatnya.

"Masih banyak perkara yang saya mahu lakukan dalam mengembangkan lagi karier saya dan harap-harap semua impian itu terlaksana pada tahun ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz berkata, dia akan diraikan dalam satu acara santai bersama 50 peminatnya pada 2 Mac ini bersempena sambutan hari lahirnya itu.

Acara itu bakal diadakan di Bukit Cerakah, Shah Alam dan ibu bapanya iaitu Mohd Suip dan Halizawati Salleh akan turut memeriahkan majlis.

"Majlis itu diadakan secara santai sahaja sambil kami menikmati keindahan alam semula jadi di Bukit Cerakah," katanya.
sumber: http://mstar.com.my/

Gambar Romantis Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sambut Ulangtahun Perkahwinan

Beberapa gambar mesra pasangan yang pernah dilanda kontroversi, Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal menyambut hari ulangtahun perkahwinan mereka bersama.

Alhamdulillah, walaupun telah digegar dengan kontroversi tersebut, mereka masih mampu menempuh dan mengharunginya dengan tabah. Tahniah diucapkan.

"Happy 2nd anniversary sayang...
Semoga cinta kita makin mendekatkan kita padaNYA..
Terima kasih kerana menjadi teman, isteri dan ibu yg menawan di dunia dan akhirat.. love you!






sumber:kezoom

BONGKAR! LOGO "HALAL" di Tin Carlsberg

Terkejut juga tengok tin Carlsberg ada logo halal Jakim, entah datang dari mana datangnya logo halal tersebut.

Pihak JAKIM pun telah membuat laporan polis berkenaan isu ini, mungkin ada pihak-pihak yang tertentu ingin mensabotaj JAKIM dalam penggunaan logo halal JAKIM ini.

Kita kalau bab halal ni sangat sensitif, tapi kalau bab orang dah jelas-jelas bantu Israel dapat pulak sedap-sedap makan. Relaks je telan sampai suap menyuap.

Tak pe la, kita ikut fatwa kat Malaysia, janji kita dah terlepas, itu sensitiviti kita yang sebenarnya, tak sensitif langsung pada saudara kita di tempat lain.

Kita sebenarnya sensitif kalau kat batang tubuh sendiri, orang cakap pentingkan diri sendiri. Sebagai contohlah, kalau kamu nampak orang sedang mengelek motosikal di tepi jalan disebabkan oleh tayar dia pancit, kita nak berhenti tidak. Lagi pun masa itu, kita dah lewat nak gi jumpa kawan ni. Kita tak kan berhenti punya! Confirm.
sumber:http://awesomernews.blogspot.com/

Status Terakhir Remaja Perempuan di Facebook

Sebelum ini kami ada kongsikan status terakhir seorang remaja perempuan, allahyarham Yasmin Johan Hunwick yang seperti merasai detik kematiannya akan tiba, kini seorang lagi remaja mendapat alamat yang sama dan berkongsi status tersebut di Facebooknya.

"Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku berpakaian cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah."

"Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku.”

Demikian bait-bait puisi yang dimaksudkan Norfaezah Budiman, 21, melalui akaun Facebook miliknya yang dikemas kini 10 Februari lalu merupakan petanda seolah-olah mengetahui bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.

Status tersebut mendapat reaksi orang ramai setelah Norfaezah meninggal dunia awal pagi semalam ketika membonceng motosikal sebelum dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Lagenda Heights, Sungai Petani.

Ibu mangsa, Sarina Abu Othman, 49, dari Flat Paya Nahu berkata, anak kedua dari enam beradik itu sempat berpesan supaya ibu menjaga bapa selain adik bongsu berusia tujuh tahun sebelum beredar ke rumah sewanya tidak jauh dari situ.

“Dia peluk saya, belai dan sandar di badan saya, apabila ditolak, dia kata biarlah dia nak bermanja dan meminta saya jangan ke mana-mana serta menemaninya,” katanya.

Sebelum pulang ke rumah sewa, Norfaezah ada memberi RM5 kepadanya dengan berkata, duit berkenaan untuk kegunaan ibunya ke tempat kerja.

Sarina berkata, sebelum pulang, dia seolah-olah melihat lambaian Norfaezah kelihatan sayu dan rupa-rupanya itu petanda ajal dia akan pergi buat selama-lamanya.

Bagaimanapun, katanya dia terkilan kerana Norfaezah ada meminta supaya dia menghantar makanan tengah hari kepadanya kelmarin ketika sedang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit namun tidak dapat berbuat demikian kerana tiada kenderaan.

Sementara itu, rakan baik mangsa, Azie Azira Aziz, 18, berkata, sebaik berita kemalangan dimaklumkan kepadanya, dia teringat status kemas kini akaun Facebook milik Norfaezah yang menulis tentang kematian.

Katanya, status itu hanya dianggap biasa sehingga menerima berita mengejutkan awal pagi semalam tentang kematian Norfaezah.

Dalam kemalangan terbabit, Norfaezah dikatakan membonceng motosikal rakannya, Azwan Shah Ishak, 25, sebelum dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang.

Azwan Shah yang mengalami kecederaan parah dirujuk ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira tujuh jam kemudian.

Seorang saksi kejadian, Fhadirul Azmin Mohd Yusof, 22, berkata, dia bersama rakan lain menunggang lima motosikal baru sahaja selesai makan dekat sebuah warung di Stesen Bas Sungai Petani.

“Tiba di lokasi kejadian, kami terdengar bunyi kuat dari arah belakang, namun belum sempat berbuat apa-apa, sebuah kenderaan merempuh motosikal menyebabkan Norfaezah terpelanting jauh,” katanya.

Menurutnya, dia mengenali kedua-dua mangsa sejak kecil dan cukup rapat selain sering bersama rakan-rakan lain ke mana sahaja.

“Kami merancang untuk ke Thailand Khamis ini beramai-ramai, tetapi apabila jadi begini, terpaksa batalkan hasrat tersebut,” katanya.
sumber: kezoom
 
© INFO SANTAI All Rights Reserved