Keith Foo Nafi Minta Bayaran Setinggi RM20,000

on Wednesday 16 April 2014

Menerusi sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, pelakon yang namanya melonjak naik menerusi drama rantaian Ariana Rose, Keith Foo didakwa meminta RM20,000 untuk berlakon dalam telefilem terbitan dan arahan seorang penerbit drama yang cukup aktif, Shahrul Ezad.

Akhbar tersebut melaporkan, Shahrul berang apabila pelakon yang terlebih dahulu membina nama dalam pasaran filem Indonesia itu meminta bayaran yang tidak masuk akal.

Apa yang membuatkan penerbit itu lebih sakit hati apabila ada pula penerbit lain yang membalas kenyataan dan berkata mampu membayar Keith seperti yang diminta.

Artikel itu juga menyebut, selama tiga tahun Keith berlakon di Malaysia, dia seharusnya sudah cukup arif bagaimana industri penerbitan filem dan drama tempatan bergerak. Bajet untuk sebuah telefilem yang diterima penerbit untuk sesebuah karya mereka pula hanya RM120,000. Bajet tersebut hanya diberi oleh stesen televisyen RTM.

Stesen televisyen lain, sama ada swasta atau berbayar, hanya memperuntukkan bayaran untuk satu telefilem sebanyak RM80,000. Malah, harga paling tinggi untuk pelakon gred A memegang watak utama seperti Fasha Sandha tidak lebih RM12,000.

Justeru, tindakan Keith meminta bayaran sehingga RM20,000 disifatkan sebagai tidak wajar. Keith yang mengulas isu tersebut menafikan beliau meminta bayaran sehingga RM20,000 seperti didakwa.

"Tidak benar. Saya tidak pernah demand harga seperti itu. Siapa yang pernah bekerjasama dengan saya tahu sama ada saya jenis yang demand atau tidak. Saya tidak terkejut. Benda seperti ini akan terjadi kepada semua artis.

Selain mengakui dirinya tidak pernah berjumpa dan mengenali Sharul, Keith juga sebolehnya enggan perkara tersebut terus diperbesar-besarkan.

"Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini diperbesar-besarkan. Saya bukan jenis orang yang suka cari kontroversi. Banyak penerbit yang ingin bekerjasama dengan saya. Mereka tahu siapa saya sebenarnya."
sumber; kezoom

Kekasih Hanez Suraya, Romzie & Nurliyana Akan Bercerai Cara Baik

Kekasih kepada pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd. Jais akan bercerai secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tuntutan cerai secara fasakh pasangan itu ditukarkan dengan permohonan baharu.

Peguam syarie yang mewakili Nurliyana, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan peguam syarie Romie, Rubiah Jaafar sebelum kes tersebut didengar petang semalam.

Menurut beliau, pihaknya bersetuju dengan cadangan Rubiah supaya kes tersebut diselesaikan secara rundingan dengan kemungkinan besar Romie akan memasukkan permohonan kes baharu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu bercerai secara baik.

Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin menetapkan 16 Jun depan bagi mahkamah mengetahui keputusan perbincangan tersebut sama ada Romie akan memfailkan kes baharu iaitu bercerai secara baik atau perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkan Nurliyana akan berjalan seperti biasa.

Nurliyana, 29, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap Romie pada 1 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Nurliyana yang hadir kelihatan tenang sepanjang prosiding semalam manakala Romie, 34, tidak hadir disebabkan masalah kesihatan.Sepanjang perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki.
sumber:kezoom
 
© INFO SANTAI All Rights Reserved