Kereta Golf Yang Ganas

on Saturday 31 August 2013

Kereta golf atau bugi golf ialah sejenis kenderaan kecil digunakan di padang golf. Kenderaan ini penting di sesebuah resort atau padang golf kerana padangnya sangat luas dan rupa bumi berliku dan cerun. Kereta golf memudahkan pemain golf daripada perlu berjalan.

Harga kereta golf ialah di antara $3,000 - $15,000 bergantung kepada beberapa faktor. Ini termasuklah sama ada kereta-kereta it dibeli untuk padang golf atau kelab eksklusif. Faktor lain termasuk pilihan peralatan dan berapa orang penumpang yang boleh dibawa. - Wikipedia











































Sumber : mylepak

Laluan Keretapi Paling Memukau Mata

Sejarah awal keretapi bermula sekitar 500 tahun yang lalu dan merupakan salah satu pengangkutan tertua. Selepas kapal terbang komesial mula diperkenalkan secara meluas, ramai yang terlepas panorama menarik yang menanti penumpang keretapi ketika di dalam perjalanan.


KONKAN RAILWAY, INDIA


ROCKY MOUNTAINEER, CANADA

ARGO GEDE RAILWAY, INDONESIA

JUNGFRAU RAILWAY, SWITZERLAND

ROVOS RAIL, SOUTH AFRICA

KURANDA SCENIC, AUSTRIA

OUTENIQUA CHOO TJOE, SOUTH AFRICA

ALBULA-BERNINA RAILWAY, SWITZERLAND

CHEMIN DE FER DE LA MURE, FRANCE

CONWAY SCENIC, USA

CHENNAI-RAMESWARAM, INDIA

KLIA EXPRESS ERL RAILWAY, MALAYSIA

Sumber : ktm railway 

Terowong Semulajadi Yang Indah

Keindahan ciptaan Tuhan digunakan untuk mencantikkan lagi pemandangan dan menjadikan kawasan biasa lebih menarik. Jom saksikan :)


Yew Tree Tunnel, UK


Autumn Tree Tunnel, USA


Natural Tree Tunnel, USA


Oak Alley Plantation Tree Tunnel, USA


Rua Gonçalo de Carvalho, Brasil


The Dark Hedges, UK


Cherry Blossom Tunnel, Germany


Tunnel of Love, Ukraine


Jacarandas Walk, South Africa

Sumber : mylepak



Diesel tumpah - Selangor putus bekalan air


Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mengaktifkan tindakan kecemasan (ERP) kod merah akibat tumpahan diesel yang melibatkan hampir keseluruhan kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Operasi SYABAS Datuk Ir Lee Miang Koi berkata, gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat ekoran tumpahan diesel yang dikesan pada muka sauk air mentah loji rawatan air itu.


"Sebagai tindakan segera, pihak SYABAS telah mengaktifkan ERP kod merah di Wilayah Wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat pada jam 3.00 petang, 30 Ogos 2013 (Jumaat) bagi memantau kawasan-kawasan yang terlibat dan membuat penghantaran bekalan air kecemasan kepada pengguna terkesan dari masa ke semasa," katanya.

Dalam kenyataannya, Lee berkata, SYABAS telah menggunakan semua sumber logistik yang ada bagi membekalkan bekalan air bantuan kepada pengguna terlibat.

Bagaimanapun, katanya, dia amat terhad dan bergantung kepada simpanan air terawat sedia ada di kolam imbangan keempat-empat loji rawatan dan kolam perkhidmatan SYABAS di setiap kawasan pengguna.

"Oleh yang demikian, pihak kami memohon bantuan dari pihak kerajaan negeri Selangor dan kerajaan persekutuan dalam menyediakan sumber logistik seperti lori tangki air dan tangki statik yang mencukupi dengan kadar segera bagi menghadapi gangguan bekalan air dalam skala besar seperti ini." katanya.

Setakat ini, seorang pengguna Facebook dikesan memuatkan gambar memaparkan keadaan tumpahan itu yang diambil pada jam 10.30 pagi ini.

Bagaimanapun, keasliannya belum dapat dapat dipastikan.


Lori tangki terbalik

Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia berpunca daripada insiden sebuah lori tangki diesel terbalik.

Menurutnya, muatannya melimpah dan mengalir ke dalam Sungai Selangor pada kejadian kira-kira pukul 8 pagi ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, Mahdzir berkata proses pembersihan sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa lama.

Sungai Selangor merupakan sumber bekalan air untuk dirawat oleh empat loji berkenaan sebelum disalurkan ke rumah pam dan kolam-kolam.

Mahdzir berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan membuka bilik operasi untuk membantu memberi maklumat secara berterusan kepada penduduk.

Sementara itu, SYABAS berkata pihak pengendali loji masih melakukan kerja-kerja pembersihan dan tempoh pemulihanan dijangka mengambil masa.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred, dalam kenyataan, berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan kejadian itu dari masa ke semasa.


Sumber : Malaysiakini

Ingin Hilangkan Imej Simbol Seks, Kilafairy Cuba Ubah Penampilan

Kesian pun ada juga kepada Kilafairy ini. Daripada dulu sehingga sekarang, orang lebih mengenalinya sebagai seorang wanita yang seksi sehingga diberi gelaran simbol seks. Mungkin bibirnya yang seksi dan wajahnya yang menggoda membuatkan gelaran tersebut melekat sehingga ke hari ini.


Sedar digelar sebegitu rupa, anak kepada Rohana Jalil ini sedang cuba untuk mengubah penampilannya. Kata Kila kepada Kosmo:-

'Selama empat tahun saya berada dalam industri dan sepanjang itu gelaran simbol seks terus melekat pada saya. Mungkin selama ini tiada lagi lakonan saya yang benar-benar memberikan impak dan dapat mengukuhkan nama saya, tapi saya percaya semua itu perlukan masa.'

'Banyak tawaran lakonan terutama filem memerlukan saya tampil seksi dan ada babak di ranjang, tapi saya terpaksa tolak dengan baik untuk mengikis persepsi ini. Sekarang pun saya cuba mengubah penampilan contohnya mengurangkan solekan dan berpakaian lebih sedap mata memandang.'


Kami sokong 100% tindakan yang dilakukan oleh Kilafairy. Jangan terima tawaran watak-watak seksi ini kalau benar-benar mahu mengubah persepsi orang ramai. Awal-awal ini memanglah susah sedikit, namun lama kelamaan pasti pendirian anda akan difahami oleh pihak penerbit. Mana tahu selepas ini Kila akan dikenali kerana kehebatan lakonan dan bukan lagi kerana imej seksi menggoda.

Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Ditembak Mati Dalam Kuil Di Johor



JOHOR BARU: Seorang ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun ditembak mati dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah dekat sini pada Jumaat.

Ketika kejadian K. Jeganathan sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya.

Kira-kira pada pukul 7.30 malam, dua lelaki yang memakai topi keledar masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.

Suspek kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Semuanya berlaku dalam beberapa minit sahaja.

Jeganathan, dipercayai ketua kumpulan Geng 21, dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah dan namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.

Mayatnya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Jurucakap polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi hotline polis, di talian 07-2212999.


Sumber : mStar.

Aweera Akui Di Sabotaj Rakan Sendiri

Aweera, 22 tahun, vokalis kumpulan Mojo telah berhadapan dengan pengalaman pahit dalam hidupnya apabila beliau telah diisytiharkan muflis. Perkara itu tersebar menerusi satu notis yang telah dikeluarkan oleh sebuah akhbar pada 11 Julai lalu.


Berkesempatan bertemu dengannya semasa majlis rumah terbuka anjuran KRU Studios di Cyberjaya baru-baru ini, pelantun lagu Andaiku Bercinta Lagi itu enggan mengulas lanjut.

Menurut Aweera, dia mahu semua permasalahan yang melanda dirinya itu diselesaikan terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan kepada mana-mana pihak.

"Saya ingin memohon maaf kerana tidak boleh bercerita dengan lebih mendalam. Apa yang boleh saya katakan, ia masih lagi dalam proses untuk diselesaikan.

"Ketika ini saya masih lagi berbincang dengan pihak bank dan mencari jalan supaya perkara ini dapat diselesaikan. Kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, barulah saya akan buat kenyataan.

Ketika ditanya tujuan beliau membuat pinjaman tersebut. Menurut Aweera, perkara ini sebenarnya terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum, namun ia merupakan pinjaman peribadi yang dibuat ketika beliau berusia 19 tahun dan sudah bekerja di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di unit kebudayaan.

Tambah beliau lagi, semasa bekerja dahulu memang ada rakan sekerja yang mempunyai hasad dengki. Aweera mengakui semua yang terjadi ini akibat daripada sabotaj oleh rakan sendiri.

Jadi, untuk menghilangkan rasa tekanan yang dialami itu, Aweera lebih fokus kepada kerja. Beliau juga tidak mahu terlalu memikirkan sangat tentang perkara itu dan berharap semuanya dapat diselesaikan.

Sumber : kezoom.blogspot

MAMPUKAH AF 2013 KEMBALIKAN FENOMENA?

Selepas lama berehat, program realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF) yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dulu kembali menemui peminat. 

AF 2013 turut membariskan nama hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslow, Faizal Tahir yang diberi mandat sebagai tenaga pengajar atau pendidik. 
Namun tahun ini posisi pengetua ditiadakan. Selain itu, 12 peserta AF 2013 turut dibimbing Cikgu Shafi selaku guru vikal, Fizz Fairuz (guru seni persembahan) dan Alam Wakaka serta Suhaili sebagai pereka tari. 


AF 2013 akan membuka tirai dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September, disusuli Konsert Prelude Top 24 pada 6 September dan Konsert Prelude Top 12 pada 7 Semptember di Astro Ria


Sumber : Berita Harian 

Gara-gara KL Gangster, Syamsul tak dapat tidur, mengurung diri dalam bilik

Penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam memberitahu keadaan anaknya, Syamsul cukup tertekan dengan kejadian karya ke lapan arahannya, KL Gangster 2 yang telah dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Syamsul Yusof

Menurut Yusof, sejak hari pertama mendapat berita tersebut pada Rabu lalu, Syamsul tidak boleh tidur sebaliknya dia hanya duduk di depan komputer kerana mahu memadamkan setiap link yang tersebar di laman-laman sesawang.

"Sebagai pembikin filem, Syamsul cukup kecewa. Semasa tahu dia tahu tentang berita ni, dia hubungi ibunya dulu. Kemudian dia hubungi saya. Saya jumpa dia dan saya peluk dia. Saya beri dia semangat. Saya katakan padanya, walau apapun yang terjadi, saya akan tetap sentiasa menyokong dia. 

"Sejak hari pertama dia dapat berita ni dia tak boleh tidur. Dia jaga internet. Dia pun aya tengok dah bertambah kurus", katanya ketika di sidang media khas bagi menghuraikan isu filem KL Gangster 2 telah dibocorkan di internet.

Dalam pada itu ibu Syamsul, Datin Fatimah Ismail yang turut hadir pada sidang media berkenaan juga sempat memberitahu, Syamsul asyik mengurungkan dirinya di dalam bilik. 

"Dia asyik berkurung dalam bilik. Katanya dia nak berjuang habis-habisan. Dia nak padamkan link-link yang keluar di internet", katanya. 

KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor. Filem inijuga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia mula 3 Oktober ini dan sebanyak 7 pawagam di Singapura. 

Sumber : mD

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved