Foto Fasha & Anzalna Mengundang Kontroversi Peminat

on Tuesday 9 July 2013


Nampaknya sewaktu sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaru, berjudul Tentang Hati, pelakon dan model terkenal, Fasha Sandha telah sempat memuat naik sekeping foto menerusi laman Instagramnya dengan caption berbunyi :

With beautiful @anzalnanasir88 on the last day of shooting #TentangHati. all the best to u dear! #TentangHati@aliaramly.

Foto tersebut bagaimanapun telah mengundang kontroversi dikalangan peminat, khususnya kaum lelaki apabila ramai antara mereka telah melemparkan kata-kata berunsur lucah buat kedua pelakon wanita tersebut.



                           Foto yang menjadi bualan dikalangan peminat lelaki

Untuk mengelakkan gambar ini terus menjadi bualan hangat dan menjadi bahan kutukan dikalangan kaum lelaki, ramai peminat-peminat wanita menasihati Fasha agar memadam foto tersebut daripada laman Instagramnya.

Tiada apa yang perlu disensitifkan di sini. Ia terpulang pada mentaliti peminat itu sendiri. Namun, bagus juga sekiranya Fasha memadam gambar ini daripada laman sosialnya, agar isu seperti ini tidak terus mengundang pandangan serong peminat terhadap mereka berdua.
sumber : http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Ade Dut said...

Hemmm..aku tak salahkan orang ramai nak mengomen tapi buat dosa je kan lebih2 lagi admin yang mengaibkan orang dalam bulan ramadhan hormati lah perasaan orang lain jugak. Jangan sebarkan aib orang lain .


10 July 2013 at 10:17

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved