Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua

on Monday 22 July 2013


6 Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua

Semua sedia maklum, Abby Abadi telah pun selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24 pada 9 Julai lalu dan sempena bulan Ramadhan ini, Abby telah mengambil peluang yang ada untuk berkenalan serta berbuka puasa bersama keluarga mertuanya di Tumpat , Kelantan sekitar minggu lalu.


Dalam pada itu, menerusi laman Instagram milik Abby Abadi, dia telah sempat memuat naik beberapa foto indah sewaktu berbuka puasa bersama keluarga mertuanya dengan caption berbunyi :

Sempat singgah berkenalan dengan Kaum Kerabat En Somi + berbuka puasa sama.
Berbuka sama semalam #19July2013 Sebahagian keluarga besar Arwah Tuan Haji Idris & Hajah Ramlah. Syukurrrr! mereka menerima saya seadanya. Abi tak sabar nak bawak Anak3 pula lepas ni.. Keluarga ‘hijauuu’ juga huhu rhuperrrrnyaa.

Selain berpeluang berbuka puasa bersama keluarga mertua di Kelantan, nampaknya Abby turut berkesempatan untuk berjumpa dengan pemimpin negeri tersebut, Tuan Guru Nik Aziz bagi memohon keberkatan serta doa agar rumah tangga yang dibina bersama Farhan akan terus berkekalan.

Namun begitu, niat Abby telah dipertikaikan oleh segelintir peminatnya, di mana ada yang beranggapan lebih baik sekiranya dia memohon restu daripada ibu bapa berbanding pemimpn tersebut.

Mohon keberkatan & doa dr TGNA & Isteri agar hubungan kami suami/isteri berkekalan & bahagia hingga ke akhirnya.. Aminnn! Tq ALLAH atas kesempatan ini ?

Apa pun, diharapkan agar rumah tangga Abby bersama Farhan akan terus berkekalan. Di sini turut kongsikan beberapa foto terkini pasangan tersebut bersama anak-anak Abby untuk tatapan anda semua.

6 Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua

6 Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua

6 Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua

6 Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua
6 Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua
sumber : http://blog3dalam1.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Unknown said...

al-hamdulillah.....lps ni biarlah low profile....jgn sbb kata2 mu, laki jd meluat


22 July 2013 at 14:17
Julia said...

makin cntik abby..jodoh gan org muda


12 April 2014 at 16:27

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved