Nina Iskandar Sudah Dirisik Jejaka Melayu-Pakistan

on Friday 28 February 2014




Mungkin ramai yang masih belum tahu pelakon yang berasal dari Negara Brunei Darussalam, Nina Iskandar sudah pun dirisik oleh seorang jejaka Melayu-Pakistan pada Januari lalu.

Nina yang pernah digosipkan dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib telah memuatnaik beberapa keping gambar bersama jejaka yang dikenali sebagai Heiqal,30 dengan sebentuk cincin di jari manisnya.

Memetik Harian Metro, dia berkata, majlis merisik telah berlangsung di kediamannya di Brunei selepas majlis perkahwinan sepupunya.

Ditanya mengenai pilihan hatinya yang berasal dari Kelantan itu, Nina menjelaskan perkenalan mereka bermula di Instagram sejak November tahun lalu.

“Kami serasi bersama. Walaupun perkenalan kami bermula di Instagram, saya selesa dengannya. Bila bersama, ada saja perkara yang kami boleh bincangkan dan bercakap.

“Keluarga pun percayakan Heiqal kerana selama saya di sini (Malaysia), dia banyak membantu dan menjaga saya,” ujarnya.

Ha, kami percaya dengan khabar ini, maka tamatlah gosip nakal yang cuba mengaitkan Nina dengan Adib.

Peminat pun pasti sudah tidak sabar melihat pelakon jelita ini berada di pentas pelaminan dengan Heiqal, tak gitu?
sumber: http://www.suarapeople.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved