Lee Min Ho Tertarik Pada Wanita Comel

on Friday 28 February 2014

Min Ho mengakui suka kepada wanita berwajah comel.

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho menjelaskan dia bukan seorang lelaki yang terlalu memilih tentang rupa paras pasangannya meskipun dia berwajah tampan.

Bercakap kepada dramafever.com, Min Ho bagaimanapun berkata, dia suka kepada wanita yang berwajah comel untuk dijadikan kekasih suatu hari nanti.

"Mungkin orang ingat saya seorang yang memilih kerana status selebriti yang ada pada saya tetapi sebenarnya saya bukan seorang yang memilih.

"Tetapi saya mengakui tertarik kepada wanita berwajah comel," katanya.

Dalam pada itu, Min Ho berkata, populariti yang dikecapi di China menerusi drama bersiri The Heirs bukti usaha kerasnya selama ini terbayar.

Jelas Min Ho bukan mudah untuk menembusi pasaran di China dan gembira apabila diterima baik oleh peminat di negara itu.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved