Gambar Majlis Merisik Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana

on Friday 31 January 2014

Pengarah dan pelakon muda, Syamsul Yusof dilaporkan telahpun menghantar rombongan untuk merisik Puteri Sarah Liyana.

Memetik dari laporan Ohbulan, terdapat beberapa keping gambar merisik Puteri Sarah Liyana yang diambil ketika majlis merisik tersebut.

Jelas kelihatan di dalam gambar, Dato Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail berada di pelamin bersama dengan gadis tersebut.

Namun usaha untuk mendapatkan sebarang komen daripada Syamsul Yusof mengenai perkara ini masih tidak berjaya.

Dibawah adalah foto majlis merisik Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.



sumber: http://www.akupunyer.com/

Gambar Syarifah Sakinah Makin S3ksi

Syarifah Sakinah yang sebelum ini gila-gila dengan video Keek dan Youtube nya kini telah tampil berani dengan gambar s3ksi.

Setiap aktiviti yang dilakukan beliau, dari aktiviti pemakanan sehinggalah bersenam dimuatkan di dalam akaun Instagranya.

Dibawah adalah beberapa gambar dan foto Syarifah Sakinah yang terbaru.










sumber; http://www.akupunyer.com/

Lan Kristal Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga


TAHNIAH kami ucapkan kepada vokalis kumpulan Kristal, Lan yang bakal menimang cahaya mata ketiganya pada bulan Julai ini.

Memetik artikel Media Hiburan, usia kandungan isterinya, Shila sudah pun mencecah lima bulan.

Apa yang lebih menggembirakan penyanyi ini, bayi yang bakal dilahirkan adalah bayi lelaki kerana sebelum ini kedua-dua anak mereka adalah perempuan.

“Sebelum ini, hanya rakan-rakan terdekat sahaja yang tahu tentang perkara ini. Tetapi selepas doktor mengesahkan jantinanya lelaki, barulah kami rasa selesa untuk berkongsi. Lan juga hampir melompat di dalam bilik doktor sebaik sahaja mendapat tahu anak yang bakal dilahirkan ini lelaki,” ujar Shila.

Mengakui bahawa dirinya mengalami alahan teruk, dia kerap muntah selepas makan dan tidak boleh memakai sebarang alat solek serta pewangi.

Tak mengapalah Shila. Pejam celik, tak terasa pun masa berlalu. Tup-tup bayi sudah lahir, betul tak?
Tahniah sekali lagi ya!
sumber: http://mrartis.blogspot.com/2014/01/

Rogol bekas juara Mentor wanita, setahun tanggung aib

Fuh... bayangkan setahun tanggung aib dituduh merog0l, apa perasaan anda? mana nak letak muka malu tu... walaubagaimanapun kes ini dianggap selesai apabila tertuduh bebas dari kesalahan tersebut. Teruskan membaca selanjutnya...

Kuala Lumpur: “Malu memang malu, tapi yang penting sekarang saya bebas daripada pertuduhan itu,” jelas penyanyi, Mohd Mentor mengenai pertuduhan kes merog0l seorang penyanyi wanita pada awal tahun lalu.

Mohd atau nama sebenarnya Mohamad Izwan Mohamad Nor, 26, berkata, selepas hampir setahun berdepan aib dan kemelut menjejaskan periuk nasinya, dia menerima berita gembira itu apabila dibebaskan sekitar September tahun lalu apabila kes itu ditutup kerana tidak ada bukti.

Susulan itu, juara Mentor musim keempat ini berkata, dia turut berhasrat mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan secara terperinci kes terbabit.

“Kalau ikut marah, memang ada marah lagi. Bayangkan aib hampir setahun, tapi paling penting saya sudah bebas daripada pertuduhan memalukan itu,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, semalam.

Mohd berdepan pertuduhan itu selepas dia didakwa merogol peserta Mentor 5 iaitu Noor Nazatul Farahin atau Zatul, 25, 31 Januari tahun lalu di rumahnya di Ukay Perdana, Ampang dekat sini.

Berikutan itu, Mohd direman lima hari bermula 5 Februari 2013 mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mer0gol.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan siasatan berjalan, Mohd akhirnya dibebaskan daripada kes itu apabila polis mendapati pertuduhan dikemukakan tidak mempunyai bukti.

Mohd berkata, keputusan mengumumkan status kes itu kepada khalayak menerusi sidang media wajar dilakukan agar kekeliruan dan persepsi buruk yang timbul dapat dipulihkan semula - Hmetro Online
sumber: http://blogfavourate.blogspot.com/

Semangat Shahir Kini Kembali


Shahir tak sangka peminat undi jadi calon Top 5 ABPBH 2013 biarpun lama 'hilang' dari radar seni

Kesungguhan peminat mengundi hingga namanya bolos tangga Top 5 kategori Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 membuatkan Shahir terharu.

Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu tidak menyangka peminat masih memberi sokongan tidak berbelah bagi, biarpun pernah ‘hilang’ daripada radar dunia seni hampir dua tahun akibat masalah keluarga.

Dihubungi HIP baru-baru ini, jejaka yang memilih ‘bertapa’ di kampung halaman di Kampar, Perak, berterima kasih kepada peminat yang masih memberikan peluang kepadanya. Sokongan itu menguatkan lagi semangat anak muda ini untuk memberi fokus kepada kerjaya nyanyian yang ditinggalkan.
sumber: http://artismeletop.blogspot.com/

‘Saya hanya tunggu hidayah’ - Felixi


Wah.. nampak comel betul Felixia yang juga seorang model jelita playboy, dia kini sudah banyak perubahan dalam diri. Baguslah tu, janji ada niat yang bagus. Jom baca seterusnya...
“Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah,” kata Felixia Yeap melalui akhbar Harian metro
Model jelita berusia 28 tahun itu yang pernah beraksi untuk majalah Playboy, baru-baru ini mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung biarpun masih belum memeluk Islam.
“Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah,” katanya.

Malah, kata Felixia, dia menyambut Tahun Baru Cina hari ini dengan pakaian berimej Islam termasuk memakai tudung kerana berasa lebih selesa dan tenang.

FELIXIA kelihatan lebih manis apabila bertudung.

Menurutnya, Tahun Baru Cina kali ini disambutnya secara sederhana, namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara terdekat.
sumber: http://blogfavourate.blogspot.com/

Soo Wincci Sambut Tahun Baru Cina Dengan Iqram Dinzly

Wincci bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan aktor Iqram Dinzly.

Penyanyi dan bekas peserta MasterChef Malaysia All Star, Soo Wincci memberitahu akan menyambut sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini dengan pelakon Iqram Dinzly.

Wincci, 29, berkata, dia akan menghabiskan masa bersama Iqram pada hari kedua perayaan itu dan akan memasak untuk lelaki berkenaan.

"Seperti biasa pada hari pertama saya akan menghabiskan masa bersama keluarga manakala hari kedua saya akan memasak hidangan istimewa untuk Iqram di rumahnya.

"Tetapi jangan salah faham kerana saya memasak bukan hanya untuk dia tetapi rakan-rakan lain yang terlibat dalam projek sebuah drama lakonan kami," katanya kepada mStar Online.
Telefilem Bini-Biniku Gongxi akan bersiaran pada 1 Februari ini menerusi slot Cerekarama.

Drama lakonan mereka berjudul Bini-biniku Gongxi akan bersiaran pada 1 Februari 2014 (Sabtu) pada 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3.

Dalam pada itu, bercakap mengenai sambutan Tahun Baru Cina, Wincci berkata, dia hanya melakukan persiapan sederhana untuk keluarga dan dirinya sendiri.

Kata Wincci, bersempena dengan perayaan itu, dia berharap ia akan memberi lebih tuah kepadanya untuk terus melebarkan sayap sebagai penyanyi dan pelakon.

"Syukur tawaran berlakon dan nyanyian sama ada di Malaysia atau pun Taiwan cukup memberangsangkan dan berharap ia akan berterusan pada tahun ini," katanya.

Sementara itu, Wincci berkata, sebagai menghargai peminatnya, dia bakal muncul dengan sebuah buku masakan yang akan diterbitkan tidak lama lagi.
sumber: http://mstar.com.my/

Beyonce Muat Naik Gambar Tanpa Solekan

Beyonce.

PENYANYI terkenal Beyonce mengejutkan peminatnya apabila memuat naik sekeping gambarnya yang baharu bangun tidur tanpa sebarang solekan di laman sosial Instagram.

Memberikan ekspresi bersahaja, Beyonce tetap kelihatan cantik dan tindakannya itu mendapat pujian daripada peminatnya.

Malah dia turut memuat naik beberapa keping gambar yang menampakkan dia bebas daripada sebarang solekan yang mendapat perhatian pengikutnya di laman sosial itu.
sumber: http://mstar.com.my/

Dinosaur Pernah Ditemui Di Jertih...???






Jertih: Kawasan tapak pembinaan empangan Paya Peda, Hulu Besut, dekat sini, kini menjadi topik perbincangan penduduk yang mempercayai fosil dinosaur wujud di situ berikutan penemuan fosil tumbuhan kuno luar biasa. Fosil tumbuhan berusia 350 juta tahun ditemui oleh ahli kaji bumi Mohd Zaidi Mohd Yah, 46, dan kontraktor pembinaan projek empangan terbabit pada 2011 ketika menjalankan tugas mengawasi kerja meratakan bukit.

Penemuan itu kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), yang bertindak menghantar pasukan pengkaji untuk membuat kajian mengenai penemuan fosil berkenaan.Fosil itu ditemui dalam bentuk tempelan atau teraan pada permukaan lapisan batuan terawet dan masih mengekalkan bentuk cabang daun, corak urat dan corak batang pokok. Penemuan kepelbagaian genus fosil tumbuhan itu menjadikan Paya Peda boleh diberi penarafan luar biasa ketiga di negeri ini selepas Bukit Keluang dan Bukit Bewah.

Tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut terdiri daripada beberapa jenis pokok sahaja dan mudah dikenal pasti. Ia dipercayai tumbuh di kawasan paya yang luas, padat dengan tumbuh-tumbuhan serta terletak dalam kawasan tropika. Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, tumbuhan itu mati dan kemudian tertimbus oleh enapan sedimen lalu kekal terawet untuk ratusan juta tahun lamanya.
sumber: http://www.linkbucks.com/

Makan ulam rahsia umur nenek ini menjangkau 100 tahun di Kedah

Kuala Nerang: Amalan hanya memakan ulam-ulaman dan ikan rebus yang dicampur dengan halia, serai dan lengkuas serta minum banyak air masak menjadi petua buat seorang warga emas untuk kekal sihat walaupun usianya sudah menjangkau 100 tahun.

MAK Long Sara masih mampu berjalan dan membuat kerja rumah sendiri

Difahamkan, warga emas itu Sara Mehat, berasal dari Lubuk Perung, di sini, dipercayai sudah berusia 115 tahun, walaupun kad pengenalannya tertera tarikh lahir pada 19 April 1914.

Sara atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Long Sara mendakwa keadaan dirinya masih sihat dan kuat, walaupun enam suami yang dikahwininya sebelum ini sudah meninggal dunia.

Menurutnya, dia berkahwin ketika berusia 15 tahun dengan suami pertama yang dikenali sebagai Kassim berusia 20-an dan dikurniakan dua anak lelaki dan perempuan.
Selepas suaminya meninggal dunia dia berkahwin pula dengan Awang Tasu, 50-an serta dikurniakan dua anak perempuan. -Harian Metro
sumber: http://tengoktvonline.blogspot.com/

Budak perempuan 7 tahun mati dikelar bapa

BANGI - Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.

Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.

"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.

Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.

Beliau berkata polis menjumpai mayat budak perempuan, yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu.

Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.

"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.

Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada suspek itu.

Suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental. - Bernama
sumber: http://kininews.blogspot.com/

Bayi Dilahirkan Dalam Pesawat, Meninggal Sejurus Mendarat

on Thursday 30 January 2014


JAKARTA - Seorang bayi perempuan pramatang dilahirkan di dalam sebuah pesawat Merpati Nusantara Airlines, baru-baru ini.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam penerbangan dari Timika ke Makassar.
Kelahiran bayi itu disambut oleh pramugari, Sherly Juwita dan dibantu empat kakitangan penerbangan pada kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan.

Bayi yang dilahirkan oleh Harmani itu berada dalam keadaan sihat ketika kandungan ibunya baharu memasuki usia tujuh bulan.
Bagaimanapun, Sherly menerima khabar duka apabila dia dimaklumkan bayi itu meninggal dunia sejurus tiba di Makassar.

''Saya amat sedih. Tetapi mungkin itu yang terbaik untuk dia daripada Allah,'' katanya yang mengaku terkejut dengan berita itu ketika dihubungi Liputan6.com di sini.

Seorang pramugari berkata, semasa dilahirkan, bayi itu kelihatan agak sihat dan mendapat rawatan rapi daripada pramugari penerbangan.

''Kami berikannya oksigen dan meletakkannya di dalam sebuah bekas untuk bayi pramatang,'' katanya yang telah berkhidmat selama 17 tahun di syarikat itu. - AGENSI
sumber: http://matai-kudasai.blogspot.com/

Tasik Ini Terbentuk Dari Jutaan Bangkai Ikan

Pasir tasik ini terbentuk dari bangkai jutaan ikan yang mati di sana. Bukan itu saja. Aroma busuk bangkai ikan juga merebak di sekeliling tasik ini.

Salton Sea Beach adalah nama sebuah tasik di California, Amerika. Tasik ini terbentuk secara tidak sengaja, ketika sebuah saluran pengairan dari Sungai Colorado pecah diterjang hujan lebat.

Terbentuk pada tahun 1905, air sungai menerobos tepian saluran dan menumpahkan jutaan gelen air ke sebuah tasik kering di padang pasir California.

Salton Sea Beach sangat popular pada tahun 1950-an dan 1960-an. Tasik ini dianggap sebagai suatu keajaiban di padang pasir. Lebih daripada setengah juta pelancong berbondong-bondong ke tasik ini setiap tahun.

Malangnya, itu hanyalah kejayaan masa lalu. Salton Sea Beach telah dikotori oleh baja dan racun perosak, yang berasal dari tanah tanah pertanian di sekitarnya. Pada 1970-an, tasik ini menjadi benar-benar tidak layak untuk didiami oleh makhluk hidup. Garis tasik ini bahkan telah dikotori dengan berjuta-juta ikan mati yang berbau busuk.

Menurut laporan BBC, bahagian yang paling teruk dari tasik ini bukan terletak dalam air atau pasirnya, tetapi sesuatu yang berada di bahagian bawahnya. Pengeringan yang berlaku dalam tasik dapat melepaskan awan debu beracun di seluruh California Selatan.



sumber: dairishare

Kait Baju & Topi Guna Rambut

Sendiri Seorang pesara guru yang tinggal di Chongqing menghabiskan 11 tahun mengait baju sejuk dan topi yang diperbuat daripada rambutnya sendiri.
Ia sebahagian daripada usaha menyimpan kenangan zaman mudanya.

Menurut laporan media tempatan, wanita bernama Xiang, 60, itu mengumpul kira-kira 110,000 helai rambutnya yang gugur sejak berusia 34 tahun sebelum mengait baju sejuk seberat 382 gram.

Dia turut mengait sehelai topi seberat 119 gram untuk suaminya.

Xiang berkata, dia menyimpan semua rambutnya yang melekat di sikat setiap hari dan mula menggunakan rambut itu untuk mengait pada 2003

Setiap helai rambut yang dikaitnya sepanjang 70 hingga 80 sentimeter, manakala 15 helai rambut digunakan untuk membuat satu gumpalan benang bulu.

“Kaedah ini tidak sukar dilakukan. Rahsianya ialah kesabaran dan kesungguhan,” katanya.

Xiang juga ingin mengambil bahagian dalam rancangan “China’s Got Talent” bagi mempamerkan hasil baju sejuk yang siap dikaitnya.- Agensi
sumber:kezoom

Lelaki Parah, Myvi Jatuh Dari Tingkat 4

Seorang lelaki parah apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh dinding konkrit sebelum terjatuh dari tingkat empat bangunan letak kereta di sebuah pusat beli belah di Kompleks Asia City, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi tadi

Mangsa berusia 50-an ditemui dalam keadaan tersepit namun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Kinabalu sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

sumber: kezoom

Pelajar Malaysia di Rompak, Tikam 14 Kali di UK

Seorang pelajar Malaysia terpaksa menerima 11 jahitan selepas cedera ditikam 14 kali oleh tiga remaja dalam satu kejadian di Nottingham, United Kingdom semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Ahmad Izat Ahmad Mazni dikatakan baru pulang daripada menonton perlawanan bola sepak.

Ahmad Izat dalam Twitternya memaklumkan, dia telah dirompak dalam kejadian itu dan penjenayah telah mengambil telefon bimbit, jam tangan serta dompetnya.

"Saya juga terkena tikaman di kepala, di dada, belakang badan, kaki kiri, celah paha, kaki kanan, lengan dan dikelar di beberapa tempat di badan.

Saya telah keluar hospital semalam dan kini sedang berehat kerana pergerakan terhad," ujarnya.
sumber:kezoom

Marion Counter Jawab Isu Naik Jet Peribadi Ke Lokasi

Bergelar pengacara selebriti bertaraf antarabangsa, Marion Counter cukup bertuah apabila dia bukan saja mampu hidup mewah bahkan seringkali mendapat layanan istimewa daripada pihak produksi. Ini berikutan timbul khabar angin mengatakan wanita jelita ini kerap diterbangkan dengan jet peribadi ke set lokasi penggambaran.

"Hanya sekali-sekala. Tapi saya tak terlalu memikirkan tentang semua itu. Apa yang penting ialah saya sentiasa inginkan kesihatan yang baik, keluarga dan anak-anak saya sihat dan kami hidup gembira. Pada saya kemewahan itu adalah bonus.

"Ya, saya dianggap bertuah tapi saya juga lalui banyak perkara getir dalam hidup saya. Ayah saya meninggal dunia di ketika usia saya masih muda, adakah saya dikira bertuah? Setiap orang melalui suka duka hidup mereka sendiri. Dan Alhamdulillah... saya bersyukur dengan apa yang saya perolehi hari ini"

Marion atau nama sebenarnya Marion Rose Counter Abdullah, 33, berkata demikian tatkala diminta mengulas desas desus dia dikatakan sering mendapat layanan istimewa semasa bertugas juga perasaannya menjalani hidup dalam serba kemewahan.
sumber:kezoom

Bront Palarae Nafi Tuduhan Sorok Isteri

Sebelum ini pelakon dan hero filem Sejoli, Bront Palarae telah dikatakan menyorokkan isteri daripada umum. Pertemuan dengan jejaka tinggi lampai itu, di majlis tayangan filem Sejoli di UiTM Shah Alam telah merungkaikan segala-galanya apabila dia menafikan perkara tersebut.

“Saya tak pernah sorokkan isteri saya tetapi dia sendiri sibuk dengan kerja-kerjanya di belakang tabir tetapi sekiranya dia mahu mengikuti saya ke acara-acara rasmi atau tidak saya tidak pernah menghalangnya sama sekali,” katanya.

Turut menjelaskan bahawa dia teringin mempunyai seorang cahaya mata tetapi mereka belum berkesempatan disebabkan oleh komitmen kerja yang semakin hari semakin banyak.

“Saya teringin hendak mendapatkan seorang anak dan masih dalam berusaha. Siapa tidak mahu anak, cuma saya perlu fokus dan banyak berdoa,” katanya.

Sementara itu, Bront akan muncul dalam filem Sejoli bersama-sama dengan pelakon Maya Karin, Remy Ishak dan Izara Aishah pada Februari ini.
sumber: kezoom

Punca keretakan rumahtangga Marion Caunter dan suami



Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, cerita tentang keretakan rumahtangga pasangan Marion Caunter dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Naza, SM Nasaruddin, menjadi bualan hangat orang ramai.

Ada yang mendakwa, kehadiran orang ketiga menjadi punca hubungan mereka tidak sekukuh seperti sebelum ini.

Menariknya, orang ketiga yang dikatakan sebagai punca itu merupakan seorang pengacara popular industri hiburan tempatan. Siapa agaknya?

Marion Caunter yang ditemui media semalam menegaskan dia tidak mampu menutup mulut orang untuk berhenti dari bercerita mengenai perihal rumah tangganya.

Meskipun begitu, beliau memberitahu tetap mempercayai suaminya dan tidak akan membiarkan spekulasi liar itu merosakkan perkahwinan mereka.

“Saya percaya pada suami, dan dia juga begitu. Hubungan suami isteri yang dibina perlulah berlandaskan kesetiaan dan kepercayaan."

"Biar orang nak bercakap apa saja. Saya adalah seorang yang sangat kuat dan tabah. Selagi hubungan kepercayaan itu wujud, ia takkan goyahkan rumah tangga kami.”
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Artis Lelaki Tagih Cinta Penyanyi Wanita


Bukan sekali dua kita dengar cerita mengenai seorang artis lelaki ini yang gemar mencanang kisah cintanya kepada umum. Jumpa hari ini, kisah cintanya dengan gadis X, jumpa tulat kisahnya dengan gadis M pula. Kadang-kadang terfikir sama ada artis lelaki ini propa atau memang nasibnya malang bab-bab bercinta ini.

Selidik punya selidik, rupa-rupanya ada kisah kenapa cintanya dengan gadis lain tidak bertahan lama. Mungkin memang tiada jodoh antara mereka, namun menurut teman kaki gosip GUA, artis lelaki ini masih lagi menagih cinta daripada seorang penyanyi wanita.

Kononnya, artis lelaki ini pernah menyuarakan hasrat untuk menghantar rombongan merisik, tetapi penyanyi wanita ini asyik memberi 1001 alasan kononnya sibuk dan sebagainya. GUA pun hairan dengan penyanyi wanita ini, kalau dah tak suka artis lelaki ini, cakap saja terus-terang. Jangan beri harapan sampai kurus kering artis lelaki ini dibuatnya.

Kadang-kadang kesian juga apabila cinta kita tak terbalas, silap-silap boleh meroyan dibuatnya. Namun, kalau hati sudah ditetapkan untuk si dia, 100 gadis yang datang sekalipun, belum tentu artis lelaki ini nak pandang.

Agak-agaknya apalah keistimewaan penyanyi wanita tersebut di mata artis lelaki ini? Pasti sesuatu yang berbaloi. Kalau tidak mana mungkin artis lelaki ini setia dan sabar menunggu walaupun cintanya pernah ditolak. Apapun, GUA harap artis ini dapat menemui cinta sejatinya. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. 
sumber: http://www.gua.com.my/

Zalif Sidek Kongsi Pengalaman Ditampar Mak Mah


Zalif Sidek

Pelakon baharu Zalif Sidek menceritakan pernah ditampar oleh pelakon veteran Ruminah Sidek ketika melakonkan adegan pertama dalam filem Jangan Pandang Belakang Boleh?.

Zalif berkata, perkara tersebut berpunca apabila dia sukar untuk melontarkan dialog yang sepatutnya dilakonkan di hadapan pelakon veteran tersebut.

"Ini kali pertama saya berlakon dengan Mak Mah dan perasaan sangat berdebar sehingga saya tergamam dan sukar untuk mengingat dialog yang sepatutnya saya ucapkan.

"Mak Mah yang ketika itu berada di hadapan saya secara tiba-tiba menampar pipi saya," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, kata Zalif, dia menganggap tindakan tersebut sebagai gurauan dan salam perkenalan yang membuatkan mereka lebih selesa untuk bekerjasama.

Tambahnya, sepanjang penggambaran dan adegan bersama pelakon veteran tersebut, dia sering diuji dengan dialog-dialog penambahan yang tiada di dalam skrip.

Perkara tersebut membuatkan dia sentiasa peka dan bersedia apabila berhadapan dengan wanita berusia 68 tahun itu.

"Berlakon dengan Mak Mah memberi saya pengalaman baru yang mana sentiasa bersedia dengan lakonannya yang tiada di dalam skrip.
Antara babak Zalif bersama Mak Mah dalam filem Jangan Pandang Belakang Boleh?

"Dia sendiri mengakui sengaja untuk menguji kebolehan dan sejauh mana saya bersedia untuk menjadi seorang pelakon," katanya.

Tambah Zalif, sebagai pelakon baharu, dia beruntung kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan pelakon yang berpengalaman itu.

Sementara itu, Zalif yang memegang watak Dharma dalam filem tersebut mengakui agak sukar melakonkan karakter lelaki lembut.

Katanya, dia terpaksa membuat pemerhatian dan kajian terlebih dahulu agar lakonannya tidak menjengkelkan.

"Watak ini memerlukan saya menjadi seorang lelaki yang lembut dan suka kepada warna merah jambu.

"Saya ada buat pemerhatian dan kajian dahulu agar lakonan saya tidak seperti dibuat-buat," katanya.
Filem Jangan Pandang Belakang Boleh? bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 31 Januari ini.
sumber; http://mstar.com.my/

Kalah Dalam MasterChef, Tidak Halang Celina Khor Buka Restoran


Celina mahu membuka sebuah restoran yang menghidangkan makanan barat dan tempatan pada tahun ini.
 Pengacara dan peserta MasterChef Malaysia All Star, Celina Khor berhasrat membuka sebuah restoran walaupun gagal bergelar juara program tersebut yang berlangsung pada malam Selasa lalu.

Celina, 34, berkata, dia bercadang menghidangkan masakan Barat dan tempatan kepada pelanggan selain mengharapkan impiannya itu menjadi kenyataan pada tahun ini.

"Buat masa ini saya masih dalam proses perbincangan untuk memulakan perniagaan ini kerana saya sedar ia bukan semudah yang disangka," katanya kepada mStar Online.

Celina ditemui selepas majlis tayangan perdana program MasterChef Malaysia All Star peringkat akhir yang diadakan di First Aveneu Bandar Utama di sini.

Dalam pertandingan itu, peserta termuda Arshad Zamir Mohd Azmi, 21, bergelar juara dan berjaya menumpaskan 20 peserta lain.

Dalam pada itu, Celina berkata, dia tidak kecewa apabila kalah kepada Zamir kerana pemuda itu sememangnya berbakat dalam masakan.
Zamir dan Celina memberikan persaingan sengit di antara satu sama lain pada peringkat akhir.

Dia juga tidak kesal tewas sebanyak dua kali pada peringkat akhir kerana baginya ilmu dan pengalaman yang ditimba menerusi program itu cukup berharga.

"Saya hanya mula memasak secara serius sejak dua tahun lalu dan tidak menyangka dapat sampai ke tahap ini dan pengetahuan tentang bidang masakan semakin bertambah.

"Zamir memang layak untuk memenangi pertandingan ini kerana dia bukan sahaja berbakat tetapi kreatif dalam menghidangkan masakannya," kata Celina.
Sementara itu, Celina berkata, dia juga bakal muncul dengan buku masakan keduanya dalam masa terdekat ini.
sumber: http://mstar.com.my/

Yasmin Hani Tepis Kononnya Syok Sendiri

Yasmin Hani

Pelakon dan pengacara Yasmin Hani menepis tuduhan dikatakan ‘syok sendiri’ apabila menyertai rancangan Selebriti Materniti, terbitan Blublack Production milik suaminya.

Selebriti Materniti merupakan sebuah dokumentari memaparkan pengalaman Yasmin dan suaminya, Sha'arin Razali menyambut kelahiran anak sulung mereka, Noah Ismail Wong, yang kini sudah berusia tiga bulan.

Yasmin, 35, berkata, program itu diterbitkan untuk berkongsi pengalaman serta informasi berguna kepada penonton terutamanya golongan wanita.

"Saya dan suami tidak pernah merancang untuk menerbitkan program tersebut kerana pada asalnya kami mengambil gambar dan video sekadar simpanan untuk ditunjukkan kepada anak kami apabila dia dewasa nanti.

"Idea menerbitkan program itu timbul selepas menyedari rakaman peribadi yang kami rakamkan sendiri sepanjang kehamilan sangat menarik dan berpotensi untuk dikongsi kepada umum dan memberi manfaat kepada orang lain," katanya kepada mStar Online.
Yasmin dan suaminya, Sha'arin.
Yasmin ditemui pada pelancaran program tersebut yang diadakan di TGV One Utama, di sini pada Rabu.

Program itu bakal bersiaran pada 3 Februari depan pada setiap hari Isnin.

Ia akan disiarkan secara eksklusif di saluran Maya HD pada pukul 9.30 malam.

Dalam pada itu, Yasmin berkata, program itu bakal ditayangkan sebanyak empat episod yang memaparkan pelbagai detik sepanjang kehamilannya seperti 'baby shower', pengalaman mengandung, saat di bilik bersalin, majlis cukur dan aqiqah.

"Setiap wanita mengalami situasi berbeza apabila mengandung dan begitu juga saya.

"Paparan dalam empat episod itu adalah lebih kepada kisah saya di samping informasi berguna bukan sahaja untuk wanita mengandung tetapi orang-orang di sekeliling mereka," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Yasmin berkata, dia menjaga sendiri Noah tanpa bantuan pengasuh dan lebih selesa berbuat demikian.

Tambah Yasmin, dia juga beruntung apabila suaminya sangat ringan tulang membantu menguruskan anak mereka apabila dia keluar bekerja.
sumber: http://mstar.com.my/

Saya Tak Boleh Kalau Orang Bercakap Buruk Pasal Anak Saya – Marion Caunter

Hati ibu mana yang tidak terluka sekiranya orang luar bercakap perkara buruk dan negatif mengenai anaknya. Tambahan pula apabila si anak masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Faham perasaan Marion Caunter yang seringkali menerima komen negatif apabila berkongsi gambar anaknya di Instagram.
Kadang-kadang perangai manusia memang sukar difahami. Namun Abang Nara respek dengan Marion Caunter yang sedia menerima segala kritikan. Itulah realiti kehidupan seorang selebriti. Tak perlu melatah yang bukan-bukan. Kata Marion kepada MalaysianDigest:-

Memang, ada juga yang memeri komen yang kejam dan menyakitkan hati. Tapi oleh kerana saya pilih untuk tidak privasikan Instagram saya, jadi saya sedia menerima apa saja kritikan baik postif atau negatif. Kalau saya tak boleh terima, saya haruslah privasikan akaun saya.

Sebenarnya kadang-kadang saya tak faham pun apa yang mereka kritik tentang saya sebab slang-slang yang digunakan oleh mereka memang sukar untuk saya faham. Jadi, saya buat tak kisah sajalah. Saya pun dah biasa dengan kritikan sejak dari sekolah menengah lagi.

Tapi saya tak boleh kalau orang bercakap buruk pasal anak saya. kenapa mereka nak ‘serang’ kanak-kanak dan bayi yang tak berdosa. Niat saya hanya mahu berkongsi dengan peminat. Itu saja. Disebabkan kritikan negatif yang dilemparkan terhadap anak saya, sekarang ni saya dah jarang muatnaik gambar anak-anak saya


Kalau Abang Nara pun pasti melenting jika anak dikutuk. Kutuk diri ini tak apa lagi. Jangan babitkan anak-anak kerana mereka adalah permata berharga setiap insan yang bergelar ibu dan ayah. Kepada Marion, bertabahlah. Biasalah dugaan sebegini. Yang penting, anda gembira hidup di samping suami dan anak-anak tercinta. Lagi beberapa gambar Marion Caunter dan keluarga dengan membaca entri ini sepenuhnya.
 
 
 
 
 
 
sumber: http://beautifulnara.com/
 
© INFO SANTAI All Rights Reserved