Ajai Terpaksa Ambil Masa 4 Tahun Cipta 'Aduh'

on Tuesday 31 December 2013


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer Ajai mengambil masa selama empat tahun untuk membuat kajian terhadap muzik dan kehendak pasaran tempatan bagi mencipta lagu terbaharunya berjudul Aduh.

Ajai atau nama sebenar, Faizal Maas, 38, berkata, lagu dengan genre Malaysia Pop (M-POP) ini mempertaruhkan melodi yang jauh berbeza daripada muzik yang dibawa oleh pendatang-pendatang baharu dalam industri muzik tempatan.

"Selama empat tahun saya buat kajian tentang pasaran muzik tanah air dan melihat pendengar lebih memilih lagu-lagu genre sebegini yang dibawa masuk daripada Indonesia.

"Walhal, kalau dikaji semula lagu-lagu seperti ini telah lebih awal dipopularkan oleh penyanyi Malaysia seperti search, Exist dan Slam sekitar tahun 80-an dahulu," katanya.

Tambahnya, lagu genre tersebut sudah semakin dilupakan oleh pendatang-pendatang baharu muzik tempatan yang lebih memperjuangkan lagu moden dan indie.

Oleh yang demikian, dengan penghasilan lagu tersebut dapat mengembalikan semula perhatian pendengar terhadap lagu-lagu ciptaan komposer tempatan.

Jelasnya, formula tersebut dilihat menjadi apabila lagu Aduh mendapat sambutan mengalakkan daripada pendengar selepas beberapa minggu sahaja dimainkan di radio.

"Alhamdulillah, lagu ini mendapat sambutan baik daripada pendengar, malah klip video tidak rasmi yang dimuat turun oleh stesen radio KLFM mendapat tontonan lebih 100,000 dalam masa sebulan," katanya.

Dalam pada itu, video muzik rasmi lagu Aduh boleh dilayari di laman youtube bermula 25 Disember ini.
sumber http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Hiasi Tandas Untuk Sambut Kepulangan Isteri


NEW DELHI - Seorang isteri, Priyanka Bharti diberi sambutan meriah pada Rabu lalu semasa dia pulang semula ke rumah mertuanya selepas melarikan diri kerana ketiadaan tandas di Kampung Vishnupur Khurd, Uttar Pradesh, India. Bharti turut merasmikan pembukaan sebuah tandas moden di rumah mertuanya itu yang turut disaksikan sejumlah orang.

Tandas itu turut dihiasi dengan bunga. Pembinaan tandas itu dikendalikan pihak pengurusan pertubuhan perkhidmatan sosial antarabangsa, Sulabh. Tandas itu dibina selepas berita Bharti melarikan diri tersebar di India. Pertubuhan itu turut membina sebuah bilik mandi di rumah mertuanya.

Pengasas pertubuhan itu, Bindeshwar Pathak turut hadir pada majlis tersebut. Sebelum ini dia meninggalkan rumah mertuanya selepas empat hari menginap kerana malu jika ditanya oleh keluarganya tentang lokasi tandas di rumah itu. Bharti, 19, melarikan diri semasa keluarganya yang datang dari sebuah kampung lain mahu melawat dia di rumah mertuanya itu.

"Saya berpendapat saya tidak boleh tinggal di sebuah rumah yang membolehkan orang ramai mungkin melihat saya membuang air besar di luar rumah dengan cara yang tidak bersih," katanya kepada agensi berita AFP. Dia berasa malu apabila terpaksa membuang air besar di kawasan lapang di luar rumah kerana ketiadaan tandas.

Bharti berkahwin dengan suaminya, Amarjeet Kumar, 20, pada tahun 2007. Bagaimanapun, dia hanya mula tinggal di rumah mertuanya pada April lalu selepas umurnya mencecah 19 tahun. Suami Bharti menganggap perkara yang paling penting buatnya ialah kepulangan isterinya.

"Saya malu apabila dia bertanya di mana tandas dan kami perlu memberitahunya untuk ke luar rumah (membuang air besar)."Kini, tandas itu telah dibina dan kami perlu menjaga dan menggunakannya," kata Amarjeet. - Agensi
See more at: http://www.puteraizman.com/

Laporan Tak Benar, Stacy Nafi Bercinta Dengan Akim

“Saya tak pernah bercinta dengan Akim dan tak bersedia nak kahwin. Ada salah faham dalam laporan akhbar terbabit," jelas Stacy mengenai laporan akhbar tempatan yang mengatakan dia dan Akim sudah lama menjalinkan hubungan cinta dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menurut Stacy, sehingga kini dia dan Akim berkawan rapat. Bagaimanapun ia bukan bererti mereka bercinta.

“Memang sudah lima tahun kami berkawan, tapi bukan bercinta. Kami juga tidak akan ke fasa seterusnya kerana saya masih belum memikirkan soal kahwin. Saya baru 23 tahun. Masih panjang lagi masa untuk saya berfikir sejauh itu.

“Saya memang rapat dengan Akim, cuma sekarang, masing-masing sibuk dan kami sudah lama tak berhubung. Tapi akan berkomunikasi melalui telefon sahaja,” tutur gadis pulau Borneo ini berhati-hati bimbang salah faham berulang.

Ketika diminta mengulas mengenai kesediaannya memeluk agama Islam, Stacy berkata : "Saya belum bersedia tetapi sangat mengagumi agama Islam, apatah lagi saya banyak bergaul dengan mereka yang beragama Islam.

“Perkara ini sensitif. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih apatah lagi melibatkan hal agama. Tapi kalau satu hari nanti ditakdirkan saya memeluk Islam, saya akan buat dari hati saya. Ia tidak melibatkan sesiapa,” katanya.
sumber:kezoom

Fida Ibrahim Diserang Dato’ Terlajak Laris?


Dalam pada seluruh rakyat Malaysia ‘terhibur’ melihat video iklan komersial produk Beauty Umaira yang menampilkan Syasya, Bobo dan Kak Ton di internet, tanpa disangka penyanyi dan pelakon Rafidah Ibrahim turut terkena tempiasnya.

Alkisahnya, Rafidah atau lebih mesra disapa Fida telah diserang oleh seorang lelaki berpangkat Dato’ di laman sosial.

Dato’ bernama Aliff Syukri yang juga merupakan pengasas produk kosmetik dan kesihatan D’Herbs telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada Fida yang dianggap seakan memandang rendah kepada rangkaian produk Terlajak Laris miliknya.

Selain mempertikaikan tindakan selebriti tersebut, Dato’ Aliff juga seolah-olah mendakwa Fida sengaja berbuat sedemikian untuk mencari publisiti murahan.

Fida bagaimanapun tidak mendiamkan diri sebaliknya turut sama memuatnaik sekeping foto dengan menjelaskan bahawa akaun yang dikatakan oleh Dato’ Aliff itu bukanlah miliknya.

Difahamkan, terdapat seorang individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama serta gambar Fida di beberapa laman sosial.


Ni sape pulak ni? Kalau nak popular sangat jangan sampai gunakan nama dan gambar saya. Tak cukup lagi ke nak buat cerita buruk tentang saya? Kenapa ada lagi rakyat Malaysia yang macam ni ya? tak pasal-pasal Dato’ Terlajak Laris marah saya pulak. Tolong hentikan walau siapa pun anda kat luar sana yang menggunakan status Fida Ibrahim!

Tidak berapa lama kemudian, Dato’ Aliff dilihat memohon maaf kepada Fida dan berharap supaya akaun palsu berkenaan dipantau agar tidak mendatangkan kesulitan di masa hadapan.
sumber: http://www.ohbulan.com/

Asal Usul Gambar Agung Di Dalam Duit Malaysia

Mungkin masih ramai yang belum tahu siapakah gambar Agung yang berada di dalam duit Malaysia kan?? dan dari mana asal usul gambar tersebut diambil.. Di sini sy nak kongsikan bersama anda semua asal usul gambar agung yang terdapat pada duit Malaysia ok

Pada matawang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama yaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad ( Jangan dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman) dari Negeri Sembilan.

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin keSultan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.

Raja Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negeri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).

Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada di mata uang Malaysia itu adalah keturunan ke lima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.

Di atas merupakan kisah di sebalik wajah Agung yang berada di matawang Malaysia... Hebat kan?? adakah anda tahu tentang itu?? tentu ramai yang tak tahu kan??
Sumber: http://zamrispoon.blogspot.com/

Aiman Hakim Redza Buat Masalah Lagi?

Sejak Aiman Hakim Redza mula dikenali menerusi drama bersiri Vanilla Coklat, pernah juga beberapa kali dirinya dikaitkan dengan kontroversi melibatkan masalah disiplin. Namun semuanya dinafikan.

Terbaru, Aiman sekali lagi dikhabarkan buat perangai apabila pelakon yang digosipkan bercinta dengan Nur Fathia ini dipercayai menarik diri dari menyertai perlawanan amal bola sepak antara Malaysian Artist Sports Club (MASC) dengan pasukan Lavester di Sabah.

Menurut sumber-sumber terapat, ahli-ahli MASC yang mengambil bahagian sepatutnya berlepas ke Labuan pagi tadi namun kelibat Aiman dikatakan langsung tidak kelihatan.

Malah panggilan telefon yang dibuat beberapa kali juga tidak diangkat sebelum pengurusnya menjawab dengan memberitahu bahawa Aiman tidak mahu pergi.

Ada 15 orang artis pergi, banyak nama besar. Tapi dia yang tak seberapa ni buat hal. Bagi jawapan tak nak pergi. Bukan dia jawab pulak tu, tapi suruh PA yang jawabkan. Kalau tak nak pergi bagitaulah awal-awal.

Alasan tersebut dianggap tidak masuk akal dan disifatkan sebagai biadab oleh sumber berkenaan memandangkan tiket kapal terbang dan penginapan sudah disediakan selain pelbagai promosi telah dibuat.

Lebih merisaukan sekiranya peminat dan penganjur perlawanan amal ini menganggap MASC tidak serius apabila artis yang dijanjikan tidak hadir.
sumber: http://www.ohbulan.com/

Hantu KFC Muncul

Orang Malaysia memang gemar makan KFC. Ayam goreng KFC memang enak dan digemari oleh kanak-kanak dan dewasa. Sekali-sekala kita akan melepak di KFC untuk makan ayam. Orang yang kuat makan KFC mungkin dipanggil Hantu KFC tapi itu bukan halnya dengan gambar hantu kali ini. Ini adalah penampakan hantu yang tidak sengaja dirakam dalam restoran KFC.

Gambar ini dikirimkan oleh saudara Izo. Ditangkap di KFC Jam Besar Sungai Petani, Kedah.
 Izo berkata :

"FYI, gambaq ni diambil di tingkat 2 KFC ni dan cermin yg menampakkan imej entiti tu adalah cermin luar bangunan & amatlah mustahil sekiranya ada orang yg nak mengusik kawan2 aku tu.Member aku cuma perasan imej tu bila dia nak send mms kat awek dia."
Ya adik-adik. Kalau ada tertangkap gambar hantu, jangan lupa mms kat awek. Kalaulah gambar ini refleksi cahaya ataupun kesilapan kamera, kenapa wajahnya begitu jelas?

Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada saudara Izo kerana sudi berkongsi gambar hantu ini. Kami sentiasa mengalu-alukan sumbangan gambar hantu daripada pembaca semua.

x atu r kalu ni gambar edit photoshop.....

wallahualam,

Gambar Terkini Diyana, Isteri Aaron Aziz Manis Bertudung

Selepas lebih seminggu tampil dengan imej yang lebih sopan, isteri Aaron Aziz, Diyana Halik kelihatan selesa dengan penghijrahan yang dipilihnya ini.

Menerusi gambar yang dikongsikan bersama pengikut Instagramnya, Diyana tampil lebih manis dengan gaya tudung yang pelbagai. Malah, gayanya turut mendapat pujian ramai.

Semoga penghijrahan ini akan kekal dan secara tidak langsung keluarganya turut akan dilimpahi kebahagiaan yang berpanjangan. Tahniah diucapkan. I(kuti beberapa lagi gambar Diyana bertudung dibawah...
 
 
 
 
sumber: kezoom

Gambar Terkini Juliana Evan di AS

Agak lama juga tidak mendengar khabar berita dari selebriti yang sedang menyambung pelajarannya di Amerika Syarikat, Juliana Evans.
Juliana yang satu ketika dahulu pernah dikaitkan dengan pelawak terkenal Zizan Razak dilihat lebih ceria dan gembira berada disana dengan pelbagai aktiviti lasak yang beliau lakukan bagi mengisi masa lapang.

Antara yang menarik ialah gambar beliau menconteng mukanya sebelum membawaATV dan beberapa gambar menaiki helikopter. Jom layan beberapa gambar yang telah Juliana kongsikan di laman Instagramnya...
 
 
 
 
 
 
 

sumber:kezoom

Gambar Percutian Aeril Zafril & Wawa Zainal di London

Selepas menyaksikan ramai selebriti bercuti keluar negara bagi menikmati masa rehat mereka, terkini pasangan yang pernah dilanda kontroversi hebat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal juga mengambil peluang untuk bercuti bersama-sama di London.

Memang cute gambar mereka berdua...terlihat keromantisannya....Namun begitu takpula kelihatan gambar anak mereka, apapun semoga Aeril Zafrel dan Wawa Zainalterus bahagia selamanya. Jom layari beberapa gambar percutian mereka di London.





Apapun, tercuit melihat gambar bayi mereka Muhammad Attar yang dimuat naik di Instagram Wawa, kata Wawa

"Budak kecik ni kann suka isap kaki dia..nak adik ke?hahahha no...no..blom masanya syg"
sumber: kezoom

Gambar Zain Saidin & Rozita Che Wan Berbulan Madu Di Rome, Itali

Pasti seronok berjalan-jalan di Itali dengan cuaca yang sejuk. Semoga dengan percutian bulan madu ini, hubungan mereka berdua akan lebih mesra dan dapat mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam. Che Ta dan Zain turut berkongsi gambar mereka bertemu dengan pereka baju pengantin, Man Kajang.






 
© INFO SANTAI All Rights Reserved