Lelaki Jerman Ditemui Mati Bunuh Diri

on Friday 28 February 2014

Seorang lelaki warga Jerman berusia 58 tahun ditemui mati di rumah sewanya di Jalan PUJ5/5, Puncak Jalil, Khamis.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias berkata lelaki itu telah dikenal pasti sebagai Karlheinz Martin.

"Dia ditemui tergantung di kipas siling di dalam bilik tidurnya oleh polis kira-kira pukul 4 petang.

"Siasatan awal mendapati dia telah meninggal dunia kira-kira 20 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya, sambil menambah polis menolak perbuatan jenayah.

Abdul Razak berkata Karlheinz kali terakhir dilihat oleh jirannya pada 12.30 tengah hari Rabu.

"Menurut jirannya, dia biasanya lebih suka bersendirian. Dia tidak pernah benar-benar berkongsi perkara atau bercakap dengan jiran-jirannya.

"Dia telah menyewa rumah itu sejak hampir 10 bulan lalu dan berdasarkan siasatan, dia sentiasa tidak memenuhi tarikh akhir untuk membayar sewa.

"Karlheinz yang memeluk agama Islam pada tahun 1997, juga tidak mempunyai pekerjaan yang stabil dan tidak mempunyai saudara mara di Malaysia. Keadaan ini boleh membawa kepada kemurungan," kata Razak.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved