Punca Sebenar Bendera Israel Dikibarkan Di Tuaran Sabah !

on Thursday 10 April 2014

Punca sebenar bendera Israel dikibarkan di Raintree Beach Resort Tuaran Sabah. Pengibaran megah bendera israel telah mendapat kecaman dari penduduk dan pengguna laman sosial sejak beberapa hari yang lalu. Untuk info, bendera israel diharamkan di Malaysia kerana menyentuh sensitivi umat islam. Ini berikutan tindakan tentera rejim zionis Israel menindas umat islam di Palestin. Selain itu, Malaysia juga tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel.

Sebuah syarikat perfileman dari China dikatakan menerbitkan filem The World Stewardess Contest (Pertandingan Pramugari Dunia) dan mereka telah membuat penggambaran sejak seminggu lepas di resort berkenaan. Filem berkenaan menceritakan berkenaan pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera itu mungkin menggambarkan negara seorang daripada peserta yang bertanding. Pergerakan Pemuda Umno Tuaran juga telah difahamkan pergi ke resort berkenaan untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan.
sumber: http://ihtmalaysia.blogspot.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved