Seorang Maut, Dua Parah Jatuh Dari Tingkat 22

on Thursday 10 April 2014


Seorang buruh binaan warga Indonesia maut manakala dua lagi cedera selepas platform sokongan di tingkat 22 sebuah kondominium yang masih dalam pembinaan runtuh di Pulau Tikus di sini pagi Khamis.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, dua lelaki warga asing berkenaan hanya mengalami kecederaan selepas mereka terjatuh di tingkat lapan dari tingkat 22 manakala mangsa yang maut jatuh atas tanah.

Ketua Balai Bomba Bagan Jermal, A. Ravi berkata, semasa kejadian tiga buruh terbabit sedang melakukan kerja menampal simen pada dinding luar kondominium berkenaan.

"Ketika itu ketiga-tiga mangsa sedang berkerja di atas sekeping kayu yang diletak di atas perancah yang disusun sepanjang pembinaan.

"Perancah yang dipasang secara tidak kukuh dipercayai menjadi punca runtuhan sehingga menyebabkan seorang lelaki terbunuh," katanya.Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved