Pelakon Wanita Terkejut, di Serang Samseng Jalanan

on Thursday 10 April 2014

Seorang pelakon wanita era 90-an, tidak sangka kes samseng jalan raya dan langgar serta samun sering didengariya daripada rakan sebelum ini menimpa dirinya, malam kelmarin.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu menceritakan semula detik cemas ketika nyaris menjadi mangsa sekumpulan penjenayah dipercayai cuba menyamunnya di Jalan Sri Rampai, Wangsa Maju, di sini.

Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam, pelakon pembantu filem Cinta Kolestrol itu memandu bersendirian kereta Kia Rio, dalam perjalanan mahu mengambil anak sulungnya di Wangsa Maju.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Waja berwarna kuning menghimpit kereta saya, sebelum melanggar cermin sisi bahagian pemandu.

“Saya ingat pemandu kereta Proton Waja itu mahu berhenti di bahu jalan untuk berbincang mengenai insiden tersebut, namun kereta itu terus bergerak meskipun saya berhenti di belakangnya,” katanya.

Ibu kepada seorang pelakon remaja itu memberitahu, dia kemudian mengekori kenderaan berkenaan kira-kira 10 minit sebelum kereta itu berhenti di lorong sunyi.

“Empat lelaki tempatan bersenjatakan kayu dan besi kunci stereng keluar daripada kereta tersebut, saya berasa takut dan mendiamkan diri dalam kereta, salah seorang daripada mereka bertindak ganas memecahkan tingkap tempat duduk penumpang depan.

“Saya dalam keadaan panik menekan pedal minyak dan terus melarikan diri, nyaris melanggar salah seorang daripada mereka,” katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan di Balai Polis Wangsa Maju, semalam.

Artis yang hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia seni itu berkata, mujurlah dalam kejadian itu dia tidak dicederakan, bagaimanapun dia masih dalam keadaan trauma. 
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved