Gambar pra-perkahwinan Misha Omar dan Firos Ezzwan

on Friday 11 April 2014

Bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 2 Mei ini, pasangan sensasi Misha Omar dan Firos Ezzwan telah merakamkan koleksi foto pra-perkahwinan mereka dengan menggunakan khidmat jurugambar Joe Zakaria.

Kesemua foto perkahwinan itu dikongsikan oleh Misha Omar di akaun Instagram miliknya untuk tatapan peminat berkenaan detik-detik terindah sebelum bergelar suami isteri. Pasangan ini memilih kilang arang yang terletak di Taiping sebagai latarbelakang pra-perkahwinan mereka.

Untuk pengetahuan, majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan bagi pihak perempuan akan diadakan di Hotel Renaissanse Kota Bharu, manakala majlis resepsi untuk pengantin lelaki pula bakal berlangsung pada 12 Mei ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Mari layan enam keping gambar menarik dan santai pra-perkahwinan Misha Omar dan Firos Ezzwan. Memang sama cantik dan sama padan, dari pihak penulis mengucapkan tahniah buat penyatuan mereka tidak lama lagi.







sumber:http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved