Anak lelaki Linda Rafar disahkan hidap penyakit ketumbuhan kronik

on Friday 11 April 2014

Pelakon terkenal, Linda Rafar diuji dugaan hebat apabila anak keduanya, Rezaiman Keiflin, 12, disahkan menghidap ketumbuhan kronik dalam perut dan kini perlu menjalani rawatan untuk mengelak ia merebak.

Rezaiman yang sebelum ini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras selama tiga minggu kini menerima rawatan lanjut di rumah.

Difahamkan, Linda sudah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk berikhtiar mengubat penyakit anaknya sama ada melalui kaedah moden mahu pun tradisional. Malah dia baru sahaja membeli ubat berharga RM12,000 untuk kegunaan anaknya itu selama 19 hari.

Memetik kenyataan Linda kepada laman web Astro Gempak, dia berterima kasih kepada bantuan yang diberikan kepada keluarganya namun pada masa sama berasa malu dan risau jika ada yang menyangka dia cuba mengambil kesempatan menggunakan alasan anak.

“Terus terang saya katakan, setiap bantuan yang kami sekeluarga terima saya terus masukkan dalam akaun Rezaiman dan terus fikir jalan alternatif lain untuk bantu lawan penyakit anak saya.”
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved