Punca sebenar Norita Salamah hina polis trafik di facebook

on Friday 11 April 2014

Seorang wanita beranak satu berusia 28 tahun yang bertugas sebagai Pembantu Anti Dadah di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Beaufort, Sabah, telah ditahan polis kerana memuatnaik status di laman facebook miliknya yang menghina anggota polis trafik.

Norita Salamah binti Zaman ditahan di pejabatnya yang terletak di Tingkat Bawah, Bangunan Urusetia Daerah Beaufort setelah seorang anggota polis trafik wanita membuat laporan polis baru-baru ini.


Menurut laporan sebuah blog, tindakan Norita menghina polis trafik di facebook berpunca daripada rasa tidak puas hatinya dengan saman yang dikeluarkan polis trafik atas kesalahan memotong melebihi had laju 90km/j yang ditetapkan di Jalan Bongawan.

Kata Norita, penetapan had laju 90km/j di jalan berkenaan yang mempunyai tiga lorong adalah tidak logik kerana had laju tersebut menyukarkan pemandu di lorong memotong untuk over-take kenderaan lain. Ekoran itu, gadis berkenaan bertindak memaki hamun polis trafik dengan kata-kata kesat di facebook pada 17 Mac lalu.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved