MH370- Mengaku Ibu Kandung, Ibu Khairul Amri Kecewa

on Monday 24 March 2014

Pelik bila masih ada manusia yang mahu ambil kesempatan ke atas keluarga penumpang pesawat MH370 dengan mengaku dia adalah ibu kandung kepada salah seorang penumpang, Khairul Amri. Apa motif sebenar mereka?

Imej asal- Mole.my

“Saya rasa tidak senang dengan keadaan begini apabila ada orang lain mengaku dia ibu kandung anak saya."

"Saya tak redha orang buat begini kepada saya. Saya ibu kandung Mohd Khairul Amri, saya boleh tunjuk surat beranak dia. Saya mengandungkan dia, saya yang melahirkan dia dan saya yang membesarkan dia,” kata Normah.

Disebalik kerisauan dan debaran keluarga tersebut menanti kepulangan insan tersayang, ada pula pihak cuba mengambil kesempatan mengaku sebagai ibu kandung anaknya itu.

Tidak tahan mendengar dakwaan itu, Normah Jaafar tampil membuat penjelasan.

Normah, 56 tahun, merupakan ibu kandung kepada Mohd Khairul Amri Selamat, 29 tahun, salah seorang penumpang MH370 yang masih hilang.

Jelas Guru Tadika Kemas di Bandar Bera ini, penjelasan dibuat kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih keruh.

Abang Mohd Khairul Amri, Adib Adli Syam Selamat, 35, mahu pihak terlibat menghentikan sebarang dakwaan yang dibuat.

Adib mendakwa, ada pihak terlibat cuba mengambil kesempatan ketika mereka berdepan situasi mencemaskan ketika ini.

Penjelasan tersebut diharap dapat memperbetulkan semula keadaan, selain itu mereka sekeluarga turut menuntut pihak yang mendakwa sebagai ibu kandung adiknya itu tampil membuktikan yang dia adalah ibu Khairul yang sah. 
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved