Dapat 8A, Anak Che Ta Mahu Kereta Sport

on Monday 24 March 2014

Ammar Effendy, anak sulung Rozita Che Wan atau Che Ta yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 8A bukan saja berhasrat untuk melanjutkan pengajian di luar negara tetapi juga mengimpikan hadiah yang cukup istimewa daripada keluarganya.

Menurut Ammar, dia impikan untuk dihadiahkan sebuah kereta sport memandangkan dia sudahpun memiliki lesen kereta.

“Pesan saya kepada mereka yang bakal mengambil peperiksaan SPM supaya bekerja keras kerana bukannya mudah untuk mendapat keputusan cemerlang.

“Mulakanlah pengajian secara bijak dan kerja keras dari tingkatan 4 bagi memastikan apa yang diingini tercapai,”

Kata Ammar, bersandarkan keputusan cemerlang dari peperiksaan percubaan SPM yang lalu, permohonannya untuk memasuki University of Nottingham telah pun di luluskan dan bakal menyertainya pada Mei depan.

“Alhamdulillah, saya bakal menyambung pengajian di University of Nottingham yang berlokasi di Semenyih pada Mei ini dalam bidang pengurusan perniagaan,"
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved