Anak menangis tidak kenal Zahiril Adzim, pelakon itu kecewa dan sedih

on Monday 24 March 2014


Memang menyedihkan apabila anak sendiri tidak mengenali bapanya gara-gara terlalu lama berada di lokasi penggambaran iaitu hampir sebulan meninggalkan rumah.

Itulah yang berlaku antara Zahiril Adzim dan anak sulungnya yang diberi nama Nadi Anaqi, yang kini berusia sembilan bulan. Entah bagaimana, Nadi tidak mesra dan tidak mengenali Zahiril akibat ayahnya sibuk berlakon filem berjudul Pekak.

"Pernah beberapa bulan lepas saya terlalu sibuk di lokasi penggambaran sehinggakan tidak berjumpa anak saya selama sebulan. Lebih menyedihkan, apabila saya pulang ke rumah anak saya sudah tidak mengenali diri ini."

"Sebab masa tu bila saya balik dari kerja dia dah tidur dan bila saya keluar ke lokasi dia masih tidur."

"Jadi bila tamat penggambaran, saya gunakanlah peluang bersama dia. Tapi malangnya semasa saya dukung dia, dia menangis, dia tak kenal lagi saya. Masa tu saya sentap (terasa hati) sangat."

"Isteri saya perasaan perubahan air muka saya dan dia cuba tenangkan saya. Ketika tu anak saya baru berusia 3 bulan."

Bagaimanapun, keadaan sekarang sudah kembali normal. Kalau anaknya nampak Zahiril dari jauh dia akan melompat-lompat kerana mula mesra kembali.

Ini membuatkan Zahiril semakin seronok dengan kehidupan sebagai bapa. Malah dia kini juga akan fikirkan anaknya dahulu meskipun terpaksa bekerja keras dalam lakonan
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved