
Noniswara bersama bekas suaminya
Malah anggota polis yang ke rumahnya dua kali sejak Isnin lalu juga gagal melaksanakan waran itu berikutan ketiadaan defendan yang juga bekas suami dramatis Noniswara.
Bagaimanapun, peguam syarie, Yusmawati Ab Ilah, yang mewakili Rosman, 57, memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah bahawa ketidakhadiran anak guamnya pada prosiding itu kerana mempunyai masalah kesihatan berikutan baru selesai menjalani pembedahan mata.
Yusmawati turut memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang notis saman berkaitan kes itu tetapi, percaya ia boleh diselesaikan secara baik.
Terdahulu, Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab berkata, waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Rosman masih berkuat kuasa, dan meminta peguamnya menasihati defendan supaya hadir ke mahkamah. “Saya minta peguam memainkan peranan dengan menasihati defendan untuk hadir.
“Jika mahu bincang secara elok, bincanglah. Bayar jumlah yang ditetapkan seperti mana dalam permohonan. Saya percaya individu terbabit adalah orang bijak pandai,” katanya.
Sementara itu, peguam syarie, Siti Nor Aira Mat Johar yang mewakili bekas isteri Rosman, Hayati Mohammad memohon peguam defendan memastikan kehadiran anak guamnya ke mahkamah pada tarikh akan datang.
Siti Nor Aira juga memohon mahkamah melanjutkan waran tangkap terhadap lelaki itu. Mahkamah kemudian menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan semula kes.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment