Ana Dahlia Nafi Tempah Baju Pengantin

on Thursday 27 February 2014

Pereka fesyen, Ezuwan Ismail baru-baru ini berkongsi gambar jejaka berusia 23 tahun yang menemani Ana ke butik miliknya. Perkara ini mengundang spekulasi yang Ana sedang menempah baju pengantin bersama kekasihnya.

“Ramai yang bertanyakan hal ini kepada saya sebenarnya. Tetapi, saya ke butik Ezuwan untuk menempah dan membincangkan tentang baju untuk dipakai ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) nanti,” kata Ana secara ringkas ketika media.

Sejak bercerai dengan Chef Riz pada Disember lalu, Ana Dahlia dikaitkan dengan seorang pemuda berusia 23 tahun yang sering dilihat setia menemaninya. Namun, pelakon ini enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan jejaka tersebut.

"Bagi saya, semua orang hendak berkahwin dan semua nak ada jodoh, jadi saya menyerahkan semuanya kepada Tuhan. Kalau ada jodoh maka adalah,” ujar Ana.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved