A Aida Mengaku 3 Kali Bedah Hidung

on Thursday 27 February 2014

 Sebelum ini penyanyi dan komposer Ajai telah mengaku kepada media yang dia telah melakukan pembedahan hidung kerana penyakit yang dideritainya, terbaru A Aida pula dikatakan turut melakukan pembedahan yang sama kerana bengkak dan lendir didalamnya.

Sebelum ini A Aida ada menyarankan agar artis buat pembedahan untuk nampak cantik, hari ini menerusi Harian Metro pelakon ini membuat pengakuan telah 3 kali membuat pembedahan hidung.

Namun jangan salah sangka. Pembedahan yang telah menelan belanja lebih kurang RM100,000 ini dilakukan untuk merawat kesan kecederaan yang dialami 20 tahun lalu.

"Saya bukan buat untuk cantik kerana saya memang sudah berpuas hati dengan apa yang Tuhan beri, tetapi kecederaan itu memaksa saya merawatnya."

"Saya buat sedikit pembedahan ketika itu tetapi bengkaknya masih berterusan dan saya bertemu doktor untuk rawatan kosmetik sekali lagi kira-kira 10 tahun lepas. Bagaimapun masih ada kesan bengkak dan lendiri berkumpul di bahagian batang hidung hingga hujung tahun lalu."

"Atas nasihat seorang rakan artis, saya lakukan pembedahan kali ketiga dengan kos sebanyak RM25,000 tetapi masih tidak berpuas hati sebab ia tidak kembali seperti hidung asal saya."

Kecederaan pada hidung ini dialami oleh A Aida ketika menjalani pemggambaran drama Lela Sari di Pulau Besar, Melaka. Akibat kecederaan ini, hidung A Aida mempunyai darah beku di dalamnya.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved