MILFORD , Massachusetts - Seorang pemuda berketurunan Mesir , Moustafa Ismail yang tinggal di sini dipercayai mempunyai lengan paling besar di dunia .
Ukur lilit lengan Moustafa yang berusia 24 tahun itu ialah 79 sentimeter .
Pemuda itu makan tiga kilogram ( kg ) protein , 4.08kg karbohidrat dan minum air sebanyak 11.35 liter pada setiap hari .
Pihak Guinness World Records kini menimbang sama ada akan mengiktiraf Moustafa sebagai pemilik lengan terbesar di dunia .
" Mereka ( penduduk ) memanggil saya Popeye , Popeye Mesir .
" Bagaimanapun , tidak seperti watak kartun Popeye , saya suka makan ayam , daging dan apa jua makanan kecuali bayam , " katanya .
Dia juga mengambil vitamin dan makanan tambahan lain .Moustafa juga sukar untuk mencari baju yang sesuai dengan tubuhnya .Dia mula berusaha untuk mendapatkan bentuk lengan itu di bandar kelahirannya , Alexandria di Mesir sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada 2007 dan menetap di Franklin , barat daya Boston .
Moustafa melakukan senaman angkat berat selama dua jam hampir setiap hari .
Pemuda itu pernah mengangkat bebanan seberat 272kg .Dia sanggup melakukan dua pekerjaan termasuk sebagai pembantu di sebuah stesen minyak untuk membiayai senamannya di sebuah pusat kecergasan dan makanannya .
Namun , isterinya meminta dia meninggalkan salah satu pekerjaan kerana menganggap suaminya itu bekerja terlalu keras . Pihak Guinness kemudian menghubunginya dengan menawarkan pemuda itu lawatan ke London , Britain untuk muncul bersama beberapa pemegang pelbagai rekod dunia termasuk wanita paling kecil di dunia .
Moustafa memenuhi jemputan itu . Bagaimanapun , kontroversi muncul kerana terdapat dakwaan di internet bahawa dia menggunakan dadah steroid dan menanam implan pada lengannya .
Beberapa pihak lain mendakwa , dia menyuntik minyak synthol yang digunakan oleh ahli bina badan .
Dia pernah pergi ke Tokyo untuk muncul dalam program dokumentari stesen televisyen Fuji yang menunjukkan beberapa doktor mengambil sampel darah manakala ototnya turut menjalani ujian X - ray .
Doktor - doktor itu bagaimanapun tidak menemui sebarang bahan terlarang dalam tubuhnya .
Namun , pihak Guinness mengeluarkan nama Moustafa dalam laman webnya .
Jurucakap Guinness , Sara Wilcox berkata pada Oktober lalu , pihaknya masih melakukan penyelidikan dengan pakar - pakar perubatan berhubung kes Moustafa sebelum mengiktiraf lengannya . - AP
sumber: Dairishare
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment