Sanggup Bergadai Nyawa Untuk Elak Bayar Tol

on Monday, 3 February 2014

BEIJING - Seorang pemandu kereta sanggup membahayakan diri sendiri apabila bertindak berani merentasi sebatang sungai yang membeku di China, semata-mata mahu mengelak daripada membayar tol jambatan.

Pada mulanya, pemandu berkenaan dilihat memandu perlahan dan berhati-hati untuk menguji tahap kekerasan ais di sungai itu.

Beberapa saksi lain berkata, mereka berasa cemas setiap kali terdengar bunyi rekahan ais ketika kenderaan berkenaan bergerak di permukaan sungai yang membeku itu.

Namun, tidak lama kemudian pemandu tersebut mula memandu dengan penuh yakin untuk melintasi sungai selebar satu kilometer itu dan berjaya merentasi sungai beku itu dengan selamat, sekali gus dia berjaya menjimatkan wang sebanyak AS$0.50 (RM1.60) untuk membayar tol.

Laluan terdekat untuk menyeberangi sungai sepanjang 5,464 kilometer itu adalah dengan menggunakan Lebuh Raya Jingsang dengan memandu sejauh kira-kira 111 kilometer melalui bandar Ordos.

Sungai itu bermula dari Pergunungan Bayan Har dan merentasi sembilan wilayah China serta dua wilayah autonomi menuju ke Laut Bohai, di wilayah Shandong, timur China. - AGENSI
sumber:Dairishare
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved