SORAYA Mazuin membancuh susu kepada bayinya di ‘dapur’ dalam bilik sewa.
“Bukan wang ringgit yang saya minta, namun cukup jika ada pihak yang mampu menyediakan sebuah rumah kos rendah untuk kami sekeluarga tinggal daripada duduk di sebuah ‘bilik bujang’ bersama empat anak selain suami.
Saya mahu persekitaran yang sempurna untuk anak yang semakin membesar dan bukannya keadaan seperti ini.
Kami makan, berehat dan tidur di tempat yang sama, keadaan ini langsung tidak selesa,” kata Soraya Mazuin Abd Rahman, 28.
Ibu kepada empat anak itu yang menghidap penyakit saraf sejak berusia 16 tahun kini terpaksa menanggung kos perbelanjaan ubat yang mencecah lebih RM2,000 setiap bulan di samping bebanan untuk menanggung anak-anaknya.
Menurutnya, keadaan bertambah rumit apabila suami tidak mempunyai pekerjaan tetap dan bergantung kepada kerja sambilannya sebagai pekerja bankuet hotel dan hanya memperoleh pendapatan RM40 setiap kali dipanggil untuk sesuatu majlis.
Dia berkata, wang pendapatan harian mereka nyata tidak mencukupi kerana kebiasaannya, wang itu akan digunakan untuk membeli susu formula serta lampin pakai buang anak bongsu berusia tiga bulan dan membayar sewa bilik berjumlah RM300 sebulan.
Soraya Mazuin berkata, pernah beberapa kali mereka sekeluarga terpaksa ‘mengikat perut’ menahan lapar kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.
“Jika suami dipanggil untuk sesuatu majlis, dia akan membawa lebihan makanan balik untuk saya serta anak kami untuk makan, tetapi jika tiada, terpaksalah saya dan suami berlapar kerana mengutamakan keperluan empat anak kami.
“Saya ada menerima wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 manakala wang bantuan Baitulmal RM350, namun wang bantuan itu digunakan untuk perbelanjaan anak kami,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui, di sini, semalam.
Katanya, dia pernah cuba untuk bekerja demi membantu meringankan bebanan suami, namun tahap kesihatan serta penyakit dihidapinya mengakibatkan dia terpaksa melupakan hasrat itu dan hanya mampu duduk di rumah saja.
Soraya Mazuin berkata, akibat penyakit saraf yang dihidapinya sejak remaja, dia tidak mampu melakukan kerja berat, malah pernah beberapa kali dia lumpuh serta bisu berikutan kegagalan saraf badannya berfungsi dengan baik.
“Buat masa ini, kami sangat memerlukan sebuah rumah.
Tak mengapa kalau kecil pun, asalkan cukup kelengkapan sebuah rumah, saya amat mengharapkan ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada kami,” katanya.
Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya akan melihat secara teliti permohonan Soraya Mazuin dan bentuk bantuan yang mungkin diberikan kepada mereka sekeluarga.
Katanya, pihaknya prihatin terhadap nasib enam beranak berkenaan dan akan berusaha untuk membantu keluarga itu daripada aspek bantuan rumah ataupun aspek lain.

sumber: http://merepeklah.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment