Lana Nordin Teruja Tunai Umrah 28 Feb 14

on Thursday 27 February 2014

Selepas dua tahun melakukan perancangan mengerjakan umrah, niat tersebut akhir dimakbulkan buat pelakon Lana Nodin apabila bakal menjejakkan kaki ke tanah suci pada 28 Februari ini.

Lana yang dihubungi berkongsi rasa terujanya dan sudi berkongsi persiapan yang dilakukan sebelum berangkat.

"Alhamdulillah, segala perancangan saya mengerjakan umrah pada tahun ini telah dipermudahkan. Saya tidak mengalami sebarang masalah ketika memohon visa mahupun ketika menyelesaikan perkara-perkara berkaitan.

"Saya akan ke sana selama dua minggu ditemani adik lelaki saya serta pelakon Lisdawati. Doakan saya dan rombongan selamat pergi dan balik," ujar Lana.

Mengambil keberkatan tatkala menjadi tetamu Allah, Lana turut berkongsi doa yang ingin dipanjatkan ketika berada di sana;

"Tiada apa yang saya minta kecuali dikurniakan kesihatan yang baik untuk saya dan ahli keluarga. Selain itu, saya juga memohon bertemu jodoh dan dimurahkan rezeki. Semoga doa saya ini akan diredhai Allah S.W.T," tambah Lana yang kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved