Jennifer Lopez Berang

on Friday 8 November 2013

Jennifer berang apabila dituduh melakukan pembedahan plastik. Ihsan mStar Online

PENYANYI Jennifer Lopez berang apabila seorang pakar pembedahan menuduhnya melakukan pembedahan plastik bagi menegangkan kulit wajahnya.

Jennifer, 44, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat oleh Dr Ayham Al-Ayoubi itu dan menegaskan dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan untuk mengubah wajahnya.

“Ia adalah tuduhan yang mengarut,” katanya Jennifer menurut laporan Metro.co.uk.

Doktor yang bertugas di sebuah hospital di London itu mendedahkan sekeping gambar Jennifer dan membuat perbandingan tentang perubahan wajah wanita itu selepas melakukan pembedahan.

Jennifer yang lebih mesra dengan sapaan JLo sebelum ini pernah dituduh melakukan pembedahan bagi membesarkan bahagian punggungnya.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved