Emma Maembong Tiada Niat Sembunyi, Risau Hubungan Dengan Zizan Tidak Menjadi

on Friday 8 November 2013

Desas-desus mengenai pelakon dan pelawak Zizan Razak menjalinkan hubungan cinta dengan aktres yang semakin meningkat naik namanya, Emma Maembong bukan lah baru. Tambahan sejak beberapa bulan lalu timbul berita kemesraan masing-masing menerusi laman twitter sekaligus menguatkan lagi spekulasi tersebut. Terbaru, dengarnya mereka dikatakan sudah berani keluar makan berdua-duaan, betul ker?


Bertemu dengan pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kau Yang Terindah itu petang semalam, Emma berkata dia semakin rapat dengan Zizan. Malah gadis kacukan Melayu-Scotland ini mengakui mereka pernah keluar makan dan menonton wayang bersama.

"Saya dan Zizan memang rapat. Saya sebolehnya tak mahu besar-besarkan hal ini. Memang, kami ada keluar makan dan pergi tengok wayang tapi kami tidak keluar berdua saja. Sebaliknya dengan beberapa teman dan pengurus kami juga ada bersama. Mungkin disebabkan kami berdua artis dan dikenali, jadi orang hanya nampak kami berdua saja. Padahal kami keluar beramai-ramai", katanya kepada pihak media ketika ditemui pada sidang media drama Sweetheart Fantasia

Belajar dari pengalaman lalu, Emma berkata dia kini lebih berhati-hati sekiranya ingin berkongsi mengenai hal peribadi terutama hal percintaannya kepada umum. Ini kerana dia tidak mahu ada pihak yang membuat spekulasi kononnya dia hanya mahu mengejar publisiti dengan cerita-cerita gosip cinta dan kontroversi berbanding kerja-kerja lakonannya.

"Dulu masa awal-awal masuk dalam industri, saya mengaku dan berkongsi dengan semua yang saya sudah ada teman lelaki. Sebab ketika tu bagi saya, saya tak kisah. Lagipun semua orang ada pengalaman jatuh cinta. Tapi bila saya mengiyakan, ramai orang mula bosan. Ada yang kata saya nak popular hanya kerana kisah cinta, kontroversi dan nak kejar glamor saja.

"Jodoh tu hal peribadi dan biarlah ia jadi misteri. Kalau saya dah betul-betul serius dalam satu hubungan (cinta) tu, saya akan kongsikan dengan semua. Saya tak akan sorok.

"Jadi buat masa sekarang saya ambil langkah, biar lah saya saja yang tahu. Bagi saya, soal teman lelaki ini ia akan datang dan pergi. Kalau beria sangat jaja cerita dan andai kata kalau tak jadi, nanti saya juga yang malu", ujarnya sekaligus menyatakan azamnya kini hanya mahu fokus pada kerjaya.

Tambah Emma lagi, sebetulnya dia sudah mengenali Zizan sejak jejaka kelahiran Terengganu itu belum menjadi artis lagi. Emma juga memberitahu sejak mereka berkawan rapat, dia dan Zizan pernah bertemu dengan keluarga masing-masing namun ianya sekadar pertemuan biasa.

"Saya kenal dia (Zizan) memang dah lama, sebelum dia jadi artis lagi. Lagipun kami satu kampung. Tapi kami mula rapat sejak setahun lalu. Apa yang boleh saya katakan yang kami sedang kenali hati budi. Saya tak mahu cakap lebih-lebih, takut tak jadi pula nanti",

"Saya pernah jumpa ibu Zizan dan saya pun ada bawa Zizan ke rumah dan perkenalkan pada ayah saya. Saya beritahu ayah yang dia adalah kawan saya. Bukan saja Zizan, malah kawan-kawan lelaki saya yang lain pun, saya akan kenalkan pada ayah saya dulu",

"Setakat ni ayah tak ada pula siasat dan banyak soal bila dia jumpa Zizan. Bagi ayah saya, dia tak kisah dengan siapa saya berkawan tapi dia berpesan pada saya asalkan tidak timbul kontroversi atau gosip yang bukan-bukan mengenai diri saya dan boleh memburukkan nama keluarga", tutur anak kepada pelukis terkenal negara Ismail Maembong ini.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved