Datuk Rahim Razali Kena Rehat Sebulan

on Thursday 7 November 2013

Setelah selesai menjalani pembedahan dibahagian otak pada 31 Oktober lalu, Datuk Rahim Razali, 71, diarahkan berehat selama sebulan daripada melakukan sebarang aktiviti seni.


Rahim berkata, dia telah dibenarkan keluar wad pada Ahad lepas selepas doktor mendapati keadaan kembali stabil selain bersyukur tahap kesihatannya yang kembali pulih.

"Alhamdulillah, saya lebih sihat sekarang, malah lebih bertenaga berbanding sebelum ini. Saya turut bersyukur dengan proses pembedahan yang berjalan dengan lancar.

"Cuma saya perlu berehat di rumah selama sebulan selain menjalani rawatan susulan mengikut jadual yang diberi oleh doktor," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Tambah Rahim, walaupun sudah pulih sepenuhnya, namun dia tetap berjaga-jaga agar penyakit tersebut tidak berulang lagi.

Rahim dimasukkan ke Pusat Perubatan Sunway di sini pada 27 Oktober lalu selepas mengalami sakit kepala ketika menjalani penggambaran rancangan sukan terbitan Astro Arena di Kuantan, Pahang sehingga terpaksa di bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Selepas dihantar ke pusat perubatan itu oleh keluarga, pihak hospital terpaksa menahan Rahim apabila ujian sinar X mendapati terdapat kesan darah pada otaknya yang dikenali sebagai subdural hemorrhage dan perlu dibedah segera.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved