TUDM Nafi Laporan CNN Jet Dihantar Jejak MH370 Pada 8 Mac

on Saturday 12 April 2014


Tan Sri Rodzali Daud.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Jumaat menafikan laporan CNN yang mengatakan pasukan itu menghantar jet untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dalam satu kenyataan berkata: Dalam kapasiti saya sebagai Panglima TUDM, saya boleh mengesahkan bahawa dakwaan itu sama sekali tidak benar".

Pada Khamis, CNN melaporkan dalam laman webnya dengan memetik seorang pegawai kanan Malaysia yang tidak dinamakan sebagai berkata bahawa pesawat TUDM dihantar sebelum data yang disokong pihak berkuasa menunjukkan bahawa pesawat itu berpatah balik ke arah barat.

"Namun tentera udara tidak memaklumkan Jabatan Penerbangan Awam atau operasi mencari dan menyelamat sehingga tiga hari kemudian, pada 11 Mac, satu sumber yang terlibat dalam siasatan memberitahu CNN," laporan itu disebut sebagai berkata.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved