Penduduk Tampal NOTIS Depan Rumah Lelaki Tak Suka Azan

on Monday 14 April 2014

Beberapa hari lepas kita dimaklukan tentang seorang lelaki melayu berusia 56 tahun membuat laporan polis tentang pembesar suara yang tidak beliau senangi.

Sebilangan penduduk taman yang kesal dengan tindakan lelaki tersebut dilihat telah menampal notis didepan rumah beliau dengan nota tertulis,

"Kalau tak nak dengar azan, pindah saja. Tak payah nak report polis. Duduk dan pindah dalam hutan kalau tak nak dengar azan, Faham. Jangan campur masyarakat, duduk dalam hutan, kawan dengan monyet atau jadi orang hutan... Faham"

Perlakuan lelaki tersebut dikesali bukan sahaja bagi penduduk taman tersebut bahkan majoriti masyarakat di Malaysia.

Namun paling sinis ialah teguran seorang uncle berbangsa cina yang berterima kasih kepada orang Islam yang bersolat subuh kerana mengatakan azan subuh selalu membuatkan beliau dan sebahagian yang lainnya akan bangun untuk bersiap memulakan kerja.

Tambah beliau lagi, azan juga kadangkala membantu beliau dalam mengenal waktu seandainya terlupa membawa jam dan telefon bimbit. 
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved