Kes Hutang: Zila Bakarin Sedih Di Tuduh Suka Cari Pasal

on Monday 7 April 2014

Kisah prodeuser Tasha Aziz yang masih gagal melunaskan baki gaji para pelakonnya sendiri mungkin hangat diperkatakan dikalangan artis dan media tempatan.

Antara selebriti yang turut berlakon dalam drama Apam Lemak Manis itu ialah Zila Bakarin. Terpalit dengan isu tersebut, Zila Bakarin menerusi laman Instagramnya memuatkan sekeping gambar printscreen perbualan (chat) seseorang mengenai kes tersebut.

Tegas Zila dilaman Instagramnya, "Astargfirullahhalazim....... knp saya di tuduh mcm tu... belum terlintas nak mengaibkan sesiapa.... salah ke saya minta hak saya? Saya minta hak kawan2 saya yg sgt2 memerlukan.... saya bkn jenis manusia yg suka cari pasal klu ianye tak bersebab..... saya sgt tegas dlm menuntut hak saya dan anak2. Tolong la.... jgn mencari salah org lain... utk menutup kesalahan sendiri."

Zila bagaimana pun dilaporkan enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut dan berharap masalah itu dapat diselesaikan segera.

sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved