Ibu Cemas Anak Dalam Toyota Vios Di Larikan Perompak

on Monday 7 April 2014

Seorang ibu menempuh detik mencemaskan apabila anaknya yang ditinggalkan di dalam kereta di lot parkir berhampiran sebuah sekolah rendah di Likas, di sini, dilarikan bersama kereta Toyota Vios miliknya, pagi tadi.

Difahamkan wanita berkenaan keluar membeli roti dan meninggalkan anaknya yang sedang tidur di dalam kereta tanpa mengunci kenderaan itu.

Bagaimanapun, dengan kerjasama orang ramai, kanak-kanak lelaki yang berusia 8 tahun itu berjaya ditemui semula dalam keadaan masih tidur bersama kenderaan mereka yang ditinggalkan di Asia City, kira-kira jam 9 pagi tadi.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved