Shalwati Dipenjara 14 Bulan, Azizul 10 Bulan Kes Dera Anak di Sweden

on Friday 28 March 2014

Pasangan Malaysia yang dituduh mendera anak-anak mereka di Sweden didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Solna pada Jumaat, hari ini.

Mahkamah juga menetapkan bahawa pasangan itu perlu membayar ganti rugi terhadap anak-anak mereka.

Ibu kepada empat orang anak, Shalwati Norshal dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan kerana perlakuan kasar terhadap anak perempuannya dan anak lelaki sulungnya serta atas kesalahan menyakiti dua lagi anak lelakinya.

Sementara itu bapa mereka, Azizul Raheem Awalluddin dikenakan hukuman penjara 10 bulan kerana dia didapati bersalah mengasari tiga anak anaknya.

Azizul bagaimanapun dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya.

sumber: mstar
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved