Naza Ria Terbakar, 4 Beranak Nyaris Maut

on Monday 24 March 2014

Seorang surirumah dan tiga anak nyaris maut apabila bertindak pantas keluar dari kenderaan mereka, Naza Citra yang tiba-tiba terbakar selepas menyedari berlaku letupan kecil di bahagian enjin semalam.

“Allahuakbar, cepat keluar dari kereta nak,” kata Norwahidah Saad, 39.

Norwahidah berkata, dalam kejadian jam 1.10 tengah hari, dia dan tiga anaknya Norhazirah Hanafi, 5, Mohd Hafiz, 9, dan Norhaziqah, 11, dalam perjalanan dari rumah mereka di Masjid Tanah untuk menjemput dua anaknya yang lain di Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Tinggi Perempuan Melaka di Durian Daun.

Katanya, ketika memandu, dia dikejutkan dengan bunyi letupan kecil di bahagian enjin dan pada masa sama, brek kenderaannya gagal berfungsi.

“Asap tiba-tiba berkepul-kepul keluar daripada bahagian enjin. Saya perlahankan kereta dan menarik brek tangan sebelum mengarahkan anak segera keluar.

“Sebaik anak keluar, api terus marak di bahagian enjin. Orang ramai, termasuk pekerja stesen minyak berhampiran, cuba membantu memadam kebakaran namun gagal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved