Ibu Maut, Adik Parah Tersangkut Celah Pokok Petai

on Monday 24 March 2014

Seorang ibu maut manakala anaknya parah dan setelah terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah lori berhampiran Kampung Gua Badak, Perak.

“Saya hanya mampu meraung sedih sejurus mendapati sekujur tubuh yang terbaring di tepi jalan raya itu adalah mayat ibu,” kata Muhammad Syukran Mat Rozi, 17.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, Siti Asiah Mat Hussin, 49, mati di tempat kejadian manakala anaknya Muhammad Lukmanul Hakim Mat Rozi, 12, parah selepas dilanggar sebuah lori dari arah bertentangan di Kilometer 6, Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Gua Badak.

Syukran berkata, dia dalam perjalanan pulang dari sekolah terserempak mayat seorang wanita terbujur tidak jauh dari sebuah motosikal.

“Hati saya berdebar-debar dan firasat buruk saya menjadi kenyataan apabila melihat mayat ibu ditutup dengan kertas surat khabar.”

“Saya menangis tidak henti sehingga terpaksa ditenangkan orang ramai, kemalangan itu menyebabkan ibu saya maut manakala adik saya tersangkut dicelah pokok petai ditepi jalan,” katanya.

Dalam kejadian tersebut, pemandu lori itu yang terbabas memasuki laluan bertentangan dikatakan melarikan diri dan lori beliau yang ditinggalkan terbakar.

Sebelum kejadian, mangsa sempat menyediakan juadah tengahhari iaitu tomyam, bihun goreng serta kuih kegemaran mereka sekeluarga.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved