Lelaki dikejarkan ke hospital ‘anu’ disunat rakan sendiri

on Friday 28 March 2014


KUCHING – Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke Hos­pital Umum Sarawak (HUS) akibat pendarahan pada alat kelaminnya selepas dikatakan disunat oleh rakannya pagi semalam.
Menurut sumber, mangsa berusia 22 tahun dan berasal dari Lubok Antu itu ting­gal bersama beberapa orang rakannya di rumah pekerja di sebuah tapak pembinaan di Bandar Baru Batu Kawa (MJC), di sini.
Insiden tersebut dikatakan berlaku sekitar lewat malam kelmarin di mana alat kela­minnya mangsa telah disunat oleh rakannya dipercayai atas kemahuan mangsa.
Bagaimanapun, berlaku pendarahan yang keterlaluan menyebabkan rakan mangsa terpaksa menghubungi pihak ambulans untuk bantuan.
Mangsa kemudian dike­jarkan ke HUS oleh ang­gota peramedik dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil, lapor Utusan Borneo.
sumber: http://todaynews-online.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved