Kontroversi aib isteri Izzue Islam,pihak ketiga muncul dedah rahsia.

on Friday, 28 March 2014


Sejak akhir-akhir ini nama pelakon kacak Izzue Islam sering menjadi bualan utama di kalangan para peminat. Malah, nama isterinya, Awin Nurin, yang juga merupakan pembantu peribadinya turut terheret sama dalam beberapa isu yang tercetus.

Selain daripada kontroversi dikatakan tidak ‘serasi’ dengan heroin drama ‘Aku Isterinya’, ada segelintir peminat mendakwa bahawa Awin telah menghasut peminat Izzue supaya tidak mengundi kumpulan Forteen di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH).

Prihatin dengan kontroversi yang terjadi, salah seorang admin bagi Izzuezers yang dikenali sebagai Jasmeera telah tampil mendedahkan sikap sebenar Awin.

“Selama saya berjumpa dengan Awin beberapa kali semasa event yang ‘Izzuezers’ pernah dianjurkan, Awin melayan peminat Izzue dengan sangat baik. Tak pernah pula dia hasut kami untuk tidak undi ‘Forteen’. Malah, dia selalu menawarkan bantuan kepada peminat untuk tangkap gambar mereka bersama suaminya itu.

Dia juga tidak lupa mengucapkan penghargaan kepada peminat, sama ada peminat Izzue ataupun kepada peminat ‘Forteen’. Ada juga peminat yang beri hadiah dan bergambar dengan Awin juga sebab dia memang mesra.”

Menafikan tohmahan yang dilemparkan kepada isteri selebriti tersebut, Jasmeera yang telah menguruskan ‘Izzuezers’ sejak tahun lalu juga memberitahu bahawa Awin adalah seorang individu yang sangat mudah untuk berurusan.

“Memandangkan Awin merupakan pengurus Izzue, saya ada berhubung dengan Awin untuk menjemput pelakon itu dan juga kumpulannya ke acara kami. Jika jadual Izzue masih kosong, pasti Izzue akan hadir ke majlis kami.”

Followers ‘Izzuezers’ di laman sosial semakin bertambah

Jasmeera turut menambah bahawa dia masih belum mendengar sebarang rungutan daripada ‘Izzuezers’ sendiri berkenaan perkara ini.

“‘Izzuezers’ memang banyak followers di laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Tetapi ini dikategorikan sebagai peminat ‘tidak rasmi’ Izzue sebab kami baru sahaja lancarkan borang rasmi untuk peminat yang mahu jadi official ‘Izzuezers’.

Setakat ini respon daripada peminat juga agak memberangsangkan dan melalui permerhatian kami, followers dalam laman-laman sosial tersebut tidak pernah pula berkurangan, sebaliknya bertambah.

Saya juga mengakui ada membuat pelaburan peribadi kepada ‘Izzuezers’ untuk mereka undi Izzue dan Forteen di ABPBH.”

Nampaknya, jawapan daripada pihak ‘Izzuezers’ telah pun diperolehi. Bagaimana pula dengan penjelasan daripada Izzue dan Awin pula ya? Sama-sama kita nantikan.
sumber: http://www.utaranews.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved