Hollywood Mula Kaji Pembikinan Filem MH370

on Friday 28 March 2014


HOLLYWOOD dilaporkan telah melakukan perancangan serius untuk memulakan pembikinan filem berhubung kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS), MH370.

Walaupun tiada pengumuman secara rasmi dibuat ketika ini namun difahamkan kerja-kerja untuk pembikinan filem mengenai tragedi tersebut telah dimulakan.

Penerbit Eksekutif filem suspen penerbangan Red Eye, JC Spink memberitahu wartawan Hollywood," Ia tragedi mengejutkan, saya mengesahkan bahawa seramai 50 orang sedang berkerja dalam 50 projek berlainan untuk mengilhamkan sesuatu mengenai tragedi itu ketika ini.

"Jelas, sesuatu yang lebih telah berlaku di dalam penerbangan itu tanpa pengetahuan kita sekarang. Ia merupakan batu loncatan yang baik untuk kami," katanya.

Misteri kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu ternyata menggemparkan dunia selain membuat semua pihak ingin tahu mengenainya.

Pihak berkuasa Malaysia akhirnya memutuskan bahawa penerbangan dari Kuala Lumpur Ke Beijing itu telah mengakhiri perjalanan di Lautan Hindi.

Penerbit filem Non-Stop, Alex Heineman pula berkata; "Saya fikir orang ramai mesti sedang menunggu untuk melihat pengakhiran kisah misteri itu.

"Mereka mahukan kisah kebenaran berbanding fiksyen. Kisah ini begitu pelik. Tiada siapa tahu apa yang sebenarnya berlaku. Atau ada orang yang melakukannya tetapi enggan membuka mulut," katanya berdasarkan teori yang boleh dijadikan filem.

MH370 merupakan satu kisah sedih dan ia membuatkan Heineman mengejarkan kisah tersebut.

"Tetapi saya tidak mahu mengeksploitasi kisah ini kerana ia kisah sedih masyarakat dunia," jelasnya.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved