Dituduh Palsukan Sijil Nikah, Ummi Nazeera Dakwa Bapa Sengaja Aniaya Ibunya

on Friday, 28 March 2014


Pada 20 Mei 2013, ibu kepada seorang pelakon terkenal yang pernah membintangi filem Hikayat Merong Mahawangsa telah didakwa dengan sengaja memberikan keterangan palsu pada perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2009.

Tertuduh, Datuk Maziah Binti Musa didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan menggunakan sijil nikah palsu bertarikh 25 Disember 1997 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama islam Narathiwat Thailand.

Menurut laporan portal Malaysian Digest, suami Maziah, Datuk Zainul Abidin Bin Mat Akhir merupakan pengadu yang mana kes ini mempertikaikan tarikh perkahwinan sebenar kali kedua antara pengadu dengan tertuduh.

Pasangan yang masih bergelar suami isteri hingga ke hari ini mendirikan rumah tangga pertama kali di Narathiwat pada 26 Mac 1988 namun menurut Zainul Abidin, perkahwinan kedua mereka berlaku pada 2 Januari 1999 dan bukan 25 Disember 1997 seperti didakwa.

Ibu Ummi, Datuk Maziah Musa

Namun menurut portal yang sama juga, Ummi Nazeera yang ditemui oleh wartawan selepas selesai perbicaraan ibunya di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur mendakwa ibunya dianiayai oleh bapanya sendiri.

Saya yakin ibu saya berada di pihak yang benar. Beliau ada bukti-bukti yang kukuh. Malah ibu saya telah merujuk surat nikah beliau itu kepada Majlis Narathiwat dan sijil itu diperakui oleh pihak di sana.

Saya terkejut bila berlaku tuduhan terhadap ibu saya. Sebenarnya perkara ini dari tahun lepas lagi tapi dipanjang-panjangkan dan masih tidak selesai lagi. Bapa saya sengaja mahu panjang-panjangkan kes ni sebab mahu menyusahkan ibu saya. Saya akui kes ibu saya ni sikit sebanyak menganggu pembelajaran saya sewaktu di Melbourne.

Menurut Ummi lagi, peguam bela, Datuk Zainul Rijal Zainal Abidin yang mewakili ibunya tidak bertanyakan sebarang soalan kepada saksi pada hari ini atas alasan saksi yang hadir tidak relevan.

Untuk pengetahuan anda, pertuduhan dibuat di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara di bawah seksyen 193 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun dan denda jika didapati bersalah.

Mahkamah hari ni menetapkan 14 dan 15 Mei 2014 sebagai tarikh untuk menyambung semula perbicaraan kes ini.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved