Gambar sweet Nelydia Senrose dan rakan bercuti di Bali

on Sunday, 23 March 2014


Sama seperti beberapa selebriti tempatan lain, pelakon Nelydia Senrose juga tidak melepaskan peluang untuk bercuti di Bali, Indonesia bersama rakan lain untuk menenangkan fikiran.

Beberapa keping gambar percutian mereka itu telah dikongsikan Nelydia di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat dan pengikutnya.

Pastinya, gambar sweet Nelydia Senrose bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Mohd Afiq Hazman paling menarik perhatian peminat sehingga ramai yang bertanya siapakah gerangan jejaka kacak itu.

Ada yang beranggapan lelaki itu mungkin sepupu atau abangnya kerana raut wajah mereka yang hampir sama namun tidak kurang juga yang menganggap jejak terbabit mungkin kekasih barunya. Macam-macam andaian.



Apapun, percutian mereka ke Bali pasti menyeronokkan. Selain dapat melepaskan tekanana akibat kerja, Nelydia dan rakan-rakan juga dapat membeli pelbagai jenis barangan berjenama yang dijual di sana pada harga yang jauh lebih murah.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved