Gambar dan punca Nicol David menangis tewas mengejut di Kejohanan Skuasy Wanita Dunia

on Sunday, 23 March 2014

Pemain skuasy wanita nombor satu dunia, Nicol David menerima kejutan hari ini apabila tewas mengejut kepada pemain bukan pilihan dari Mesir, Nour El Sherbini dalam peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 di Arena SPICE.

Meskipun bermula dengan langkah kanan pada awal permainan dengan menang set pertama 11-4 namun akibat hilang fokus, Nicol membenarkan lawan mengawal perlawanan sehingga tewas tipis 3-2 dalam tempoh 61 minit.

"Tumpuan saya tidak konsisten hari ini. Saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik di hadapan penyokong saya tetapi hari ini bukan harinya. Nour tidak melakukan sebarang kesilapan dan pukulannya tepat."

Kekalahan itu menyebabkan Nicol terduduk kecewa dan menangis, dan terpaksa ditenangkan bapanya, Desmond David.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved