Biodata Tunku Nadrzimuddin, kekasih baru Sarimah Ibrahim

on Thursday 20 March 2014


Hubungan cinta Sarimah Ibrahim dan Tunku Nadrzimuddin bukan lagi rahsia sejak pelakon wanita itu memperkenalkan kekasihnya menerusi stesen Radio MIX FM pada pagi kelmarin.

Meskipun perkenalan mereka baru berusia beberapa bulan namun keserasian yang dapat dilihat pada pasangan ini jelas terserlah malah Sarimah sendiri mengakui kali pertama terbuka hati untuk menerima cinta seorang jejaka yang berbangsa melayu.

Untuk itu, penulis sertakan biodata ringkas Tunku Nadrzimuddin yang menjadi lelaki pertama Malaysia berjaya memikat aktres jelita kacukan Melayu-Ireland itu. Sebenarnya, mereka nampak sepadan dan sama-sama pernah melalui pengalaman bercerai.

Nama Penuh : Tunku Nadrzimuddin Tunku Mudzaffar
Nama Timangan : Jamie
Umur : 42 tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Bapa : Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha
Ibu : Tunku Dara Naquiah Tunku Mud
Status : Duda
Pekerjaan : Pengurus Insitusi Klien MAAKL Mutual Bhd
Keturunan : Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Tempoh Berkenalan : 3 bulan
Sejarah Hitam : Mendakwa pernah dipukul dan diculik oleh Raja Muda Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim Ismail, 30, di Kelab Heritage Mansion pada tahun 2008.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved