Penyokong Liverpool FC Beri Semangat Kepada Anak Ketua Pramugara MH370 Di Twitter

on Thursday 20 March 2014


Penyokong Liverpool FC menyatakan sokongan mereka kepada anak perempuan ketua pramugara pesawat MH370 yang hilang, selepas dia mencatatkan mesej ikhlas dari hati buat ayahnya di Twitter.

Maira Elizabeth Nari, anak perempuan Andrew Nari, menulis tweet; "Ayah, Liverpool menang perlawanan. Pulanglah ke rumah, anda boleh menonton perlawanan ini. Anda tidak pernah terlepas menonton perlawanan. Ia merupakan kali pertama ayah terlepas...".

Jawatan tersebut dibalas secara 'retweet' oleh beribu-ribu peminat sebelum kelab itu mengambil petikan twitter itu dan meletakkannya di laman web mereka.

Kelab itu juga menulis tweet secara terus kepada Elizabeth, yang berbunyi , "@Gorgxous_ Sekadar memberitahu anda bahawa kami semua memikirkan tentang bapa anda dan kesemua yang masih hilang dari penerbangan #MH370. Tabahkan hati".

Tweet Elizabeth itu merujuk kepada kemenangan Liverpool 3-0 ke atas Manchester United di Old Trafford pada hujung minggu lalu.

Andrew dikatakan menjadi penyokong tegar Liverpool, dan peminat kelab itu serta kelab-kelab bola sepak yang lain menulis tweet menyatakan sokongan mereka terhadap Elizabeth.

Gambar Andrew Nari (kiri) dan keluarganya, yang dimuat naik oleh anak perempuannya Elizabeth (kanan) di akaun twitter.

Jay N Aie Schiller berkata, ini adalah masa yang untuk semua orang untuk bersama-sama bersatu.

"Saya boleh memberi jaminan bahawa mungkin juga terdapat beberapa penyokong Manchester United juga Chelsea dan Arsenal dalam pesawat itu... 2/3 adalah warga China dalam dalam penerbangan itu dan Asia begitu meminati bola sepak seperti Amerika Selatan / Eropah."

Inge-Martin Eikemo dari Norway pula berkata, dia mendoakan semua orang yang menaiki pesawat MH370.

"Saya peminat Liverpool dan mempunyai dua anak perempuan, dan tidak pernah terlepas menyaksikan perlawanan mereka. Jadi ini begitu menyentuh hati saya," katanya.

Smart Chuks berkata, dia tidak pernah tersentuh dengan mana-mana kenyataan twitter sebelym ini, dan berharap ayah Elizabeth dapat pulang ke rumah tidak lama lagi.

Bayar Tarik Fattah berkata, tweet tersebut benar-benar menyayat hati untuk dibaca, dan berharap setiap orang di pesawat itu berada dalam keadaan baik.

"Saya tidak dapat membayangkan apa-apa lebih buruk daripada tidak dapat melihat ayah anda. Ini benar-benar menyentuh hati saya kerana saya sentiasa menonton perlawanan bola sepak bersama ayah saya," katanya.

Richard Finnigan menulis di twitter, "Dari setiap orang yang tinggal di England dan Liverpool, kami semua memikirkan tentang anda. Anda tidak akan berjalan bersendirian dan harapan tidak pernah hilang."

Tweet itu turut disiarkan di halaman rasmi Facebook Liverpool FC, dan dikongsi lebih 7,000 kali.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved