Beranikah Jakim Ambil Tindakan Pada Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin?

on Monday 17 March 2014

Kenyataan Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin dipaparkan baru-baru ini menyatakan beliau bengang apabila Khairy Jamaluddin bersuara di laman mikro twitter beliau.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM pula mengeluarkan kenyataan berikut di laman Facebook.


13 Mac, JAKIM dilapor menempatkan pegawai penguatkuasa di KLIA untuk memantau kegiatan ritual Ibrahim. Walhal, Ibrahim dan pembantunya berada di lapangan terbang terbabit pada 11 dan 12 Mac.

Beranikah penguatkuasa JAKIM menyiasat Ibrahim sedangkan Khairy pun hendak ditamparnya?

Setakat ini Ibrahim belum lagi menamakan pihak manakah mengundangnya untuk mengadakan upacara ritual di KLIA itu.
Pada 16 Mac 2014, Ibrahim Mat Zin atau pun "RAJA BOMOH" ini tanpa segan silu kembali dengan upacara TEROPONGnya di Teluk Intan Perak. Walau bagaimanapun, tujuan upacara ini tidak diketahui tujuannnya.

Namun, menjadi persoalan di sini ialah, APAKAH TINDAKAN PIHAK JAKIM? JAIS? Atau mana-mana jabatan islam lain untuk menghalang tindakan "RAJA BOMOH" ini yang secara jelasnya boleh membawa kepada syirik dan khurafat.
KREDIT: BERSAMA MAZIDUL
sumber: http://www.mazeermohamad.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved