Aplikasi Bomoh Kini Berjumlah Lebih 40

on Sunday, 23 March 2014


Salah satu aplikasi bomoh yang dibangunkan.

PETALING JAYA: Bomoh Ibrahim Zin telah memberi imaginasi kepada pembuat aplikasi di seluruh dunia.

Hanya kerana upacara ritual untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang, kini terdapat lebih daripada 40 aplikasi khusus dibangunkan berkaitan bomoh yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia itu.

Selepas 'persembahan permaidani ajaibnya' di KLIA telah dihebahkan, satu permainan Bomoh: Rescue Run yang dibangunkan oleh Triapps melepasi 100,000 muat turun dalam Google Play Store.

Satu lagi permainan, Bomoh MH370 yang dibangunkan oleh Hyperactive Studios mendapat lebih daripada 50,000 muat turun di Google Play Store.

Sehingga semalam, Bomoh: Rescue Run telah memperoleh penarafan maksimum lima bintang sekurang-kurangnya daripada 3,161 pengguna manakala Bomoh MH370 menerima penilaian yang sama daripada 924 pengguna.

Dalam permainan Bomoh: Rescue Run, pengguna dikehendaki menyelamatkan 239 penumpang dan anak kapal untuk mendapat lebih banyak mata.

Forum tempatan dan laman web dalam talian, lowyat.net telah mengeluarkan pengumuman perkhidmatan awam (PSA) memberi amaran kepada pengguna aplikasi untuk tidak memuat turun aplikasi Bomoh kerana mereka memberikan akses penuh kepada pemaju aplikasi. Ia membolehkan pemaju aplikasi mempunyai akses lengkap kepada telefon pengguna.

"Ia mungkin kelihatan seperti mana-mana permainan lain yang terdapat di Google Play Store tetapi kami menggesa semua orang untuk berfikir dua kali sebelum memuat turun aplikasi ini di telefon pintar anda.

"Aplikasi ini memerlukan kebenaran khusus yang membolehkan ia mengakses hampir setiap bahagian peranti anda, termasuk lokasi anda yang tepat, kamera, mikrofon, dan juga akaun anda," kata PSA itu.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved