Shahrol Shiro Pitam Lepas Show

on Wednesday 5 February 2014


Sememangnya tidak mudah untuk membuat lawak yang boleh menghiburkan hati penonton. Namun, itulah cabaran utama yang terpaksa ditempuh oleh salah satu finalis Maharaja Lawak Mega 2013, Shiro.

Baru-baru ini, Shahrol yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Shiro, pitam selepas tamat membuat persembahan.
Sebenarnya saya dah penat berminggu-minggu, selepas persembahan di Kedah memang saya dah tak larat sangat, memang dah sampai limit waktu tu, bayangkan, pada hari Khamis kami tukar cerita dan sejuurnya memang kami tak cukup masa.

Saya ada berjumpa doktor dan dia cakap saya terlalu stress menyebabkan badan terlalu penat dan tidak cukup rehat, lalu dia sarankan saya mendapatkan rehat yang cukup.

Walaubagaimanapun, Shahrol berkata dia dan Ajak akan tetap membuat yang terbaik di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013, Jumaat ini.

Untuk makluman semua, Shiro bakal muncul dengan filem kedua lakonan mereka yang berjudul ‘Suatu Malam Kubur Berasap 2′ yang mungkin akan ditayangkan pada April nanti.

Selain bidang lakonan, Shiro kini mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian dan bakal merakamkan lagu ‘Bintang Malam Ini’ bersama Datuk Yusof Haslam. Jadi, peminat-peminat Shiro, nantikan kemunculan filem dan lagu terbaru mereka nanti.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved