Salman Khan Hadiahkan Motorsikal Buat Peminat

on Wednesday 5 February 2014


Aktor Bollywood Salman Khan memang terkenal dengan sikapnya yang dermawan. Kali ini, Salman membuat kejutan kepada seorang peminat setianya dengan menghadiahkan sebuah motosikal.

Hadiah tersebut adalah sebagai tanda penghargaan daripada Salman terhadap peminatnya itu kerana sanggup berjalan kaki sejauh 18 kilometer semata-mata untuk menonton filem lakonanya di pawagam.
“Sebenarnya sudah lama saya ingin bertemu dan mengenalinya dengan lebih rapat. Sebelum ini saya juga ada dengar yang dia juga sanggup berjalan jauh untuk filem ‘Bodyguard’ beberapa tahun lalu.
“Sudah tentu dia bukan di kalangan orang yang berwang tapi sanggup berbuat demikian untuk menonton filem lakonan saya. Kalau satu hari nanti berpeluang bertemunya, saya akan menghadiahkannya sebuah motosikal sebagai tanda penghargaan,” katanya.
– SINAR HARIAN.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved