Pelakon Dynas Mokhtar sah bercerai pada 25 Februari 2014?

on Wednesday 26 February 2014


Dengar khabarnya, pelakon terkenal Dynas Mokhtar, 31, telah bercerai secara sah dengan suaminya, Mohd Hafizi Mohd Hafiz sekitar jam 3.00 petang pada 25 Februari 2014 iaitu semalam.

Khabar angin ini dikongsikan oleh portal rotikaya sebentar tadi namun kesahihannya masih belum dapat dipastikan setakat ini memandangkan sumber portal rotikaya tidak menemui sebarang rekod tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang melibatkan Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinaz.

Dari sumber lain yang dikongsikan blog mymedialab pula, dia mendakwa terbaca artikel salah seorang penggiat forum yang dikenali sebagai Skymania. Dalam artikel tersebut, Skymania memberitahu mendapat maklumat berkenaan penceraian Dynas sama seperti maklumat yang didedahkan sumber portal rotikaya.

Untuk pengetahuan, Dynas Mokhtar dan Mohd Hafizi bernikah pada 15 Mac 2008 dan hasil perkongsian sepanjang usia perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 4, dan Mohamed Haqaish, 2.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved