Bakal Suami Hanez Suraya Masih Suami Orang?

on Wednesday 26 February 2014

Baru-baru ini, Hanez Suraya mendakwa bakal suaminya telah pun bercerai, namun menerusi laporan sebuah portal hiburan terkenal, mendakwa mereka menerima beberapa e-mail dari mereka yang berkawan rapat dengan isteri kepada jejaka tersebut dan menafikan dakwaan Hanez Suraya

Sumber kami memberitahu yang jejaka bernama R itu masih bergelar suami kepada isterinya namun mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak hari raya Aidilfitri yang lalu selepas satu perselisihan faham antara mereka.

Sumber turut menyatakan yang isterinya itu kini sedang makan hati dengan Hanez Suraya selepas kenyataan yang dikeluarkan selain mendakwa R kini lebih berpihak kepada pelakon itu walaupun mereka masih suami isteri.

Sumber lain pula ada memberitahu kami yang Hanez Suraya & R bukan sahaja keluar bersama namun sudah pun keluar bercuti ke luar negara bersama sebelum ini walaupun dinafikan pelakon itu ketika ditanya oleh wartawan Melodi.

Esok Hanez Suraya akan mengadakan satu sidang media khas untuk menjawab persoalan ini dan kami berharap beliau boleh memberikan kenyataan yang telus tentang hal ini. Kita tunggu sahaja apa kata Hanez Suraya selepas ini.


sumber; kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved